AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 4- | MEDIA SHAH ALAM
.

AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 4-


Di samping itu,jualan kaset nasyid pelajar Madrasah Islahiah dan buku-buku yang saya tulis berkaitan dengan Memali  dan As Syahid Ustaz Ibrahim Libya juga memberI infak yang besar pada Madrasah Islahiah Diniah.Satu sen pun saya tak ambil sebagai royalti menulis buku-buku tersebut.Terpulang kepada budibicara Yusuf Husin.Dimuka akhir setiap buku itu.saya lampirkan borang sumbangan pembaca kepada Madrasah Islahiah dan Tabung Mangsa Memali.

Hasilnya Madrasah Islahiah Diniah Berjaya mendirikan sebuah bangunan baru yang terdiri dari bilik darjah dan dewan solat. Pelajar juga semakin bertambah lebih dari 300 orang.Pelajar asrama lelaki dan perempuan lebih dari seratus orang.Sewaktu menguruskan kewangan Madrasah Islahiah Diniah ini saya menetapkan setiap wang keluar lebih dari sepuluh ringgit,mesti ada invois.Sebelum ini wang keluar tak pernah direkod secara jelas.Bendahari boleh guna duit secara bebas dengan hanya sekadar maklum pada Yusuf Husin.Yusuf Husin juga rasanya tidak telus dalam hal ini,kerana wang tunai Madrasah Islahiah Diniah sentiasa tersimpan di rumahnya tak kurang dari tiga ribu ringgit.

Penyata kewangan tak pernah ujud dan juga juruodit tidak mengambil tahu perjalanan kewangan Madrasah Islahiah Diniah.Saya pernah bertanya kepada salah seorang juruodit,Tuan Hj.Harun Osman,AJK Pas Kawasan masa itu,kenapa dia tidak  pantau kewangan Madrasah Islahiah Diniah.Dia tidak menjelaskan apa-apa kecuali berkata’depa ni susah,biaq kat depa la’.Apa maksud ‘depa ‘ saya pun tak tahu,saya cuba timbulkan perkara ini pada Yusuf Husin.Dia tak banyak komen.Acuh tak acuh saja.Macam dia tak berminat bincang isu ini.

Pernah berlaku beberapa kes hilang wang dari almari PIBG dan juga almari kerani.Peliknya,wang ini tidak diambil semua,sekadar mungkin keperluan individu berkenaan.Saya sebut pada Yusuf Husin yang saya syak orang dalam.Dia tidak bersetuju,Saya minta izin padanya untuk membuat majlis baca yasin dan juga bertemu orang tertentu di pondok Lanai untuk mintak petunjuk siapa pencurinya.Yusuf Husin tidak benarkan dengan alasan nanti terfitnah kawan sendiri.

Jadi saya pun diam sahajalah,Begitu juga bila saya sarankan untuk membuat laporan polis,Yusuf Husin tak setuju dengan alasan boleh memalukan pihak Madrasah Islahiah Diniah,Selang tak berapa lama,Yusuf Husin mintak saya serahkan semula urusan kewangan kepada bendahari Madrasah Islahiah Diniah,Saya akur.Dalam diri saya sudah timbul rasa kurang senang,seperti ada sesuatu yang tak kena.Saya amat bimbang takut berlaku salahguna wang orang ramai,pasti kecewalah para penyumbang.

Kebanyakan sumbangan pada masa itu melalui money order yang bernilai RM 10,RM 20,RM 50 dan ada juga RM 100,kadang-kadang money order ini kosong tanpa sebarang catatan atau ada catatan tetapi di tinggalkan kosong pada ruang penerima.Dengan ini,siapa pun boleh ambil dengan menulis namanya

.Diwaktu Madrasah Islahiah Diniah dan  KOMID bergerak maju,Saya diberi tugas baru oleh Yusuf Husin,dia mengumumkan pada kakitangan Madrasah Islahiah Diniah yang saya tak terlibat lagi dengan urusan pentadbiran.Saya diberi tugas sebagai pegawai Perhubungan Luar.Hal-hal berkaitan pentadbiran,kewangan dan kurikulum Madrasah Islahiah saya tak boleh campur tangan.Yusuf Husin berkata urusan itu akan diambil alih oleh seorang penyelia.Sebelum ini tidak pernah ada jawatan penyelia.Saya yang cadangkan padanya supaya mengujudkan jawatan penyelia itu.Dia amat bersetuju.

Tahun 1995,saya terpaksa menumpukan sepenuh masa untuk KOMID dan juga urusan bengkel jahitan balu-balu Memali(BJM)

Hati kecil saya  masih tertanya kenapa Yusuf Husin tidak membenarkan saya mencampuri hal pentadbiran,kewangan dan kurikulum Madrasah Islahiah Diniah.Lebih mengejutkan lagi,apabila penyelia yang dimaksudkannya itu adalah dirinya sendiri.Bermakna mulai tahun 1995 itu,Yusuf Husin memegan dua jawatan penting di Madrasah Islahiah Diniah,Setiausaha dan juga Penyelia.Sesuatu yang tidak pernah dibuat orang.Mungkin orang lain menganggap ini sabagai satu yang lucu.tetapi tidak pada Yusuf Husin,kerana dia ada matlamat.

Sungguhpun ada lembaga tadbir,tapi kuasa sebenar di tangani Yusuf Husin.Bila orang bertanya status Madrasah Islahiah Diniah,Yusuf Husin akan mengatakan Madrasah Islahiah Diniah berada di bawah Pas Kawasan Baling.Sedangkan Pas Kawasan tak pernah ambil peduli urusan Madrasah Islahiah Diniah.Apabila berlaku masalah,Yusuf Husin akan menuding jari pada Pas Kawasan.Bebanan dari kerjanya yang bermasalah itu terpaksa dipikul oleh Pas Kawasan.Dia mencari jalan selamat.

Sepanjang berkhidmat di Madrasah Islahiah Diniah,saya tidak melepaskan jawatan Exco DPPNK.Saya tidak mahu memutuskan hubungan dengan pimpinan pemuda negeri Kedah,juga lain-lain negeri.Saya gunakan kedudukan itu untuk promosi Madrasah Islahiah,KOMID,dan Bangkel jahitan  Memali.,kalau tidak mengenali orang-orang ini,sukar saya nak adakan program di beberapa negeri.Sewaktu menjadi pengarah PASTI Kedah,saya telah berusaha melobi Ajk PASTI pusat  agar mengadakan Ijtimak PASTI Malaysia kali ke 2 di Memali.

Sungguh menghairankan,sebelum itu apabila saya ajukan keputusan PASTI  pusat untuk adakan ijtimak di Memali dalam mesyuarat DPPNK,Yusuf Husin selaku ketua DPPNK pada mulanya tidak setuju dengan cadangan tersebut.Alasanya,bimbang saya dan PASTI Kedah tak mampu mengandalikan program itu.Oleh kerana semua ajk lain bersetuju,Yusuf Husin terpaksa setuju.Di luar mesyuarat,dia beritahu saya yang dia tidak mahu campur program itu.saya terima itu sebagai satu cabaran untuk membuktikan saya boleh uruskan tanpa bantuan darinya.

Alhamdulillah,program pada 29 dan 30 Mac 1996 ini berjalan dengan lancar atas sokongan banyak pihak ,khususnya Pasti Negeri dan Kawasan,Unit Amal Negeri dan Kawasan juga ahli-ahli Pas disekitar Memali.Ckgu Noh Ahmad,Pangarah Pasti  Pusat sangat berpuas hati,apabila program itu dapat menghasilkan lima ribu ringgit untuk Pasti Pusat.

Bila Yusuf Husin kembali bertugas semula di Memali dan tidak membenarkan saya campur tangan di Madrasah Islahiah Diniah,kecuali KOMID  Dan Bangkel Jahitan  Memali,hati saya tak pernah tenang.Apakah agenda sebenar Yusuf Husin di sebalik ini.Dalam perbualan saya dengan Setiausaha Perhubungan ketika itu,allahyarham Ustaz Suhaimi Hj.Ahmad,saya di beritahu yang Yusuf Husin beberapa kali jumpa allahyarham Ustaz Fadzil merayu untuk pulang ke Madrasah Islahiah Diniah.

Mulanya allahyarham tidak benarkan kerana saya dah ada untuk uruskan Madrasah Islahiah.Untuk menyakinkan allahyarham,akhirnya Yusuf Husin membuat cerita yang saya tidak dapat diterima oleh guru Madrasah Islahiah dan banyak menimbulkan masalah dalam pentadbiran.Dia terpaksa kembali menyelesaikan masalah di Madrasah Islahiah.Untuk itu dia meminta pulang dalam tempoh setahun sahaja.

Apakah yang mendorong Yusuf Husin cuba memburukan saya dan menghalang saya dari beri khidmat di Madrasah Islahiah Diniah.Tidak lain adalah nafsu,Nafsu untuk berkuasa dan tidak mahu melihat orang lain melebihinya.Kadang-kadang Yusuf Husin cuba perkecilkan kerja-kerja saya bawa ke dalam mesyuarat DPPNK.Sehingga Saudara Basir Ismail,bendahari DPPNK waktu itu menegur sikap Yusuf Husin yang tidak rasional.Sedar yang dia tidak boleh pengaruhi,kawan-kawan dalam DPPNK,Yusuf Husin tidak lagi perlekehkan hal saya di depan mereka.

Hubungan saya dengan penduduk kampong Memali dan juga kakitangan Madrasah Islahiah Diniah cukup mesra.Apa juga perubahan yang saya cuba lakukan dalam Madrasah Islahiah Diniah serta PAS cawangan mereka sokong,Saya sedar nama saya mula di sebut oleh penduduk dan waris pelajar Madrasah Islahiah .Saya sudah menjadi perhatian dan harapan mereka.Sebenarnya saya tidak mintak di sanjung,cukup hormati dan sokongan terhadap kerja buat saya untuk memajukan Madrasah Islahiah Diniah serta menjaga kebajikan keluarga syuhada.Hasrat saya untuk melihat suatu hari pelajar Madrasah Islahiah Diniah belajar secara percuma dan elaun guru mencecah empat angka.


Kerana itu saya perlu sokongan semua pihak samada guru,waris,penduduk Memali dan sekitarnya juga ahli Pas seluruh Negara.Dengan sokongan kuat oleh Ustaz Ishak,Cikgu Khotub,Ustazah Salmiah,Ustazah Fahkriah,Ustazah Mashitah,Ustazah Azura,Ustazah Rohani,mudir dan ramai lagi,Madrasah Islahiah Diniah bergerak maju. Dalam mesyuarat samada Lembaga Tadbir atau kakitangan Madrasah Islahiah Diniah,di akhir keputusan banyak yang merujuk pada saya,tidak pada  Yusuf Husin seperti sebelum ini.

Yusuf Husin mulai sedar dan dia pernah merungut hal ini pada saya dengan sedikit rasa kecewa.Keadaan bertambah rumit lagi bila saya hadir ke mesyuarat DPPNK.Kawan-kawan sering bergurau di hadapan Yusuf Husin dengan memanggil saya ‘penghulu Memali’. Masam juga muka Yusuf Husin mendengarnya.


Nota*KOMID = Koperasi Madrasah Islahiah Diniah

Bersambung  siri 5

Share on Google Plus

About Oren SKA

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment