Sebagaimana kita sedia maklum, tika ini UNISEL sedang
dibebani masalah hutang berjumlah RM 15 juta membabitkan tunggakan bayaran bagi
kos penyelenggaran di kampus induk dan operasi asrama penginapan pelajar
universiti.
Jumlah tersebut meliputi 17 bulan tunggakan hutang untuk
kos penyelenggaraan dan 8 bulan tunggakan bayaran bagi kos operasi asrama
penginapan yang dikendalikan oleh Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB).
Berikutan masalah tersebut juga, syarikat swasta yang menguruskan
operasi asrama penginapan tersebut juga terpaksa berdepan dengan protes dari
kalangan pekerjanya apabila gagal melunaskan bayaran gaji.
Berbulan-bulan pekerja menghadapi masalah gaji, tambah
pula hari raya Aidilfitri dah hampir nak tiba, mahunya tak pening kepala
seumpama menunggu buah yang tak gugur.
Akibat protes tersebut, kesannya menyusahkan pula para
pelajar apabila masing-masing tidak dapat masuk ke asrama disebabkan pejabat
pengurusan terpaksa ditutup selepas kekurangan pekerja.
Sayu betul hati melihat nasib pelajar yang terpaksa
berhadapan dengan masalah penempatan gara-gara kegagalan urus tadbir UNISEL
menyelesaikan masalah hutang yang kian bertimbun itu.
Untuk dipersalahkan pihak JNSB tentu sahaja tidak adil,
sudah lama mereka menanggung bebanan disebabkan kegagalan UNISEL menunaikan
tanggungjawab membayar kos perkhidmatan.
Dulu waktu zaman pemerintahan BN tiadapun masalah
sebegini dialami, bayaran kos selenggara kampus induk tidak pernah tertunggak
dan bayaran kos operasi asrama penginapan juga berjalan lancar.
Bila saja Khalid Ibrahim dan konco-konconya dari PKR, PAS
dan DAP mengambil alih kerajaan negeri, satu demi satu sistem yang tidak cacat
cela cuba diubah suai mengikut seleranya tanpa mengira kesan baik buruk dalam
jangka masa panjang.
Akhirnya satu demi satu masalah datang bertimpa-timpa
disebabkan sikap dan watak bodoh sombong Khalid yang terlampau mahu menunjuk
pandai tidak bertempat.
UNISEL yang suatu ketika dulu gah disanjung sekarang
saling tak ubah seperti akan senasib dengan KUIN di Kedah.
Satu persamaan nyata kedua-dua istitusi terbabit ialah,
kebanyakan jawatan tinggi baru beberapa tahun kebelakangan ini diisi oleh para
kroni yang rapat dengan pemimpin PKR dan PAS.
Kebetulan pula kedua-duanya kini sedang berkongsi masalah
yang hampir sama walaupun tak serupa, tapi titik temunya tetap melibatkan
masalah duit dan urus tadbir yang tidak cekap.
Tidak syak lagi, UNISEL mahupun KUIN merupakan tanda aras
betapa rendahnya tahap kecekapan pengurusan tadbir dari kalangan pemimpin
berjenama PKR, PAS ataupun DAP.
Tiada manfaat yang mampu mereka persembahkan untuk kebaikan
rakyat, melainkan sekadar membawa mudarat kepada umat seumpama tikus memandai
tunjuk bijak mahu membaiki sebiji labu.




No comments:
Post a Comment