AIRMATA DI BUMI MEMALI-SIRI 24 | MEDIA SHAH ALAM
.

AIRMATA DI BUMI MEMALI-SIRI 24

Surat ini MS TERIMA SEBAIK SAHAJA PULANG DARI MEKAH.SAYA DAPAT MAKLUMAT,MS  menangis apabila membaca surat dan megakui akan kebenaran apa yang saya katakan padanya.Bagaimanapun saya bersyukur,kerana MS lah satu-satunya pimpinan tertinggi Pas pusat yang menziarihi saya selepas dibebaskan dari KEMTA.Walaupun dalam sekitar sepuluh minit,MS singgah tanpa minum.Hajatnya ingin menziarahi juga memohon maaf dari saya.Sejak itu kami kembali berkawan seperti dulu.

Saya juga hantar surat peribadi kepada UFN,agak panjang lebar.Banyak kata-kata pedas yang saya tulis.Surat peribadi  saya ini adalah yang kedua dari saya untuk UFN.Surat pertama,selepas saya pulang dari medan jihad di Bumi Afghanistan hujung 1988.Waktu itu berlaku tangkapan ISA yang dikenali Operasi Kenari.Lebih 30 orang kawan-kawan saya dari Perak dan Kedah yang ditahan.Mereka ini dituduh terlibat dengan kumpulan Mujahidin Kedah.Antaranya membakar bagunan Semarak diperanginan Sik yang dalam rangkaan lawatan oleh PM,Tun Mahathir.Semasa operasi tangkapan,saya berada di Afghanistan.Saya juga dikehendaki kerana dikatakan antara pemimpin kumpulan tersebut.

Setelah beberapa bulan pulang dari Afghanistan,ada desas desus yang menuduh saya SB.Ada orang buat cerita yang saya tidak pergi ke Afghanistan,sebaliknya duduk dibukit Aman.sayalah yang memberi maklumat hingga tertangkap kawan-kawan lain.Tuduhan ini juga meniti disetiap mulut pimpinan Kedah samada diperhubungan atau dewan pemuda negeri.Saya hantar surat pada UFN dengan harapan dia dapat meredakan kedaan.Yusuf Husin satu ketika pernah merunggut pada saya,'hang hantaq surat  apa  kat Ustaz Fadzil ,Non?Dia kata hang hentam teghuk sangat'.Alhamdulillah, lepas itu reda isu saya sebagai SB.Sehinggalah diberi kepercayaan menjadi wartawan Harakah.

Antara kandungan surat kedua itu,selain menyentuh sikapnya terhadap isu tabung Memali,saya pertikai juga arahanya meminta Harakah ambil anaknya sebagai pekerja tanpa mengikut prosedur.Saya sebut,masih ramai lagi,terutamanya remaja Memlai yang layak dan patut diutamakan.Khabarnya,UFN cukup marah dengan surat itu,dia segera mengarahkan AJK disiplin bertindak keatas saya.Atas tekanan ini,AJK disiplin tidak dapat melengahkan lagi.Saya tidak pernah menerima surat tunjuk sebab.Tetapi Azmi Hj.Salim(Pak Njang Mi) dan ramli Che Mid(Pak Lang Murah) ada menerimanya.Pada 20 Mei 2001 kami bertiga dipanggil untuk bertemu dengan AJK disiplin.Kami di ingatkan  supaya membawa saksi atau apa bahan bukti yang ada.

Selain membawa dokumen berkaitan,saya juga membawa tiga orang balu,iatu Pn.Solehah Husin(Kak Ah),Pn Aishah Ahmad(Mak Lang) dan Pn.Mariam Omar(Kak Pah).Pertemuan Itu diadakan dibilik mesyuarat bangunan JKR 10,kediaman rasmi MB Kelantan .Sebelum itu kami pergi kebangunan Pusat Tarbiah(PUTIK) dekat Pengkalan Chepa.Mengikut arahan awal.pertemuan disana.Puas juga mencari baru jumpa bangunannya.Sampai disana kami hairan kerana bangunan itu sedang dalam pembinaan.Tak nampakpun apa-apa pejabat.Seperti tidak percaya disitu tempat pertemuan apatah batang hidung seorang AJK didiplin pun tak nampak,hanya ada beberapa orang pekerja.Bila ditanya mereka,barulah salah seorang yang mungkin kepala kerja,memberi tahu kami yang tempat perjumpaan dipindahkan ke JKR 10.

Pedih juga rasanya kerana tidak dibritahu awal.Terpaksalah kami berpatah balik kekota Bharu.Jam dah hampir pukul  2. Perutpun mula meragam,lapar. Pertemuan itu diadakan pada jam3:00 petang.Sampai di JKR 10,kami naik keruang tamu.Saya,Pak Njang Mi dan Pak Lang Murah dipanggil masuk kebilik mesyuarat.kami diarahkan duduk dihujung meja bujur panjang.Sementara dihujung meja sana sudah sedia ada Ustaz idris Omar selaku Pengerusi AJK Disiplin,Ustaz Harun Taib Su Ajk Disiplin,Ustaz Yahya Osman, dan Dato`Hisyamudin Yahya Ajk.Mungkin ada seorang lagi,tapi saya tak ingat siapa.

Diatas meja penuh dengan pinggan serta cawan bekas makan.Masih banyak lagi kuih-kuih yang belum disentuh.Betul-betul dihadapan kami yang boleh dicapai bila-bila masa.Mungkin mereka baru selesai jamuan agaknya.Dato'Hisyamudin sedang meneguk minuman.Tanpa buang masa Ustaz idris  membuka majlis dengan  memberitahu tujuan kami dipanggil.Saya hairan juga sebab tidak kelihatan Yusuf Husin,Ustaz Awang Lanai,Ustaz Abdullah Shaari,Ustaz Md.Juki Ahmad dan Ustaz Hasan Saad. yang patut hadir mewakili kawasan dan Madrasah Islahiah Diniah.Macamanpun dalam perjalanan tadi,bila berbual tentang kehadiran wakil kawasan,kami telah agak mereka tidak akan datang.Telahan kami itu memang benar apabila Ustaz Idris Omar menjelaskan wakil kawasan tidak dapat datang  atas sebab-sebab tertentu.setelah itu Ustaz Idris Omar serah agenda seterusnya pada Dato' Hisyamudin.

Tanpa memberi salam,Dato'Hisyamudian(bekas peguam) menyebut nama saya dan minta menjawab soalannya,Samada ya atau tidak'.Soalan pertama,tentang laporan polis yang saya buat pada 27 July 2000.
Benarkah pada 27 Julay 2000 kamu ada membuat repot polis berkaitan Tabung Mangsa Memali?


singkatan kepada huruf....MS=Mohamad Sabu  dan  UFN=Ustaz Fadzil Nor

Bersambung  ke siri 25  dan siri sebelumnya disini                                                                                                                                                             
Share on Google Plus

About Oren SKA

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 ulasan :

Anonymous said...

Tak sabar