Nasib aku lah pi dok berbahas isu purdah dengan orang jahil,sepatutnya aku berbicang dengan orang yang faham atau orang yang boleh menerima pandangan orang lain.
Sebelum aku meneruskan dengan panjang lebar kisah ini,orang yang sibuk membicarakan hal purdah di kedai kopi yang aku sendiri terlibat.adalah dikalangan kenalan yang aku tahu isteri dan anak perempuanya jenis tidak menutup aurat,pakaian harianpun memang buzzzzzzzzzz gileerr.
Pada mulanya aku diam,tapi lama kelamaan isu ini panas sehingga peringkat menghina si pemakai purdah,ada yang kata orang arab pakai purdah tak nak mukanya kena habuk pasir sebab negaranya banyak pasir,Ada pula yang kata kat Malaysia ni kalau pakai purdah tu KAMDAR dan ada pula yang kata pakai purdah Itu Fesyen zaman kunun,ini semua buat hati aku naik meluap ,apapun yang dia orang kata sebenarnya dia telah menyentuh hal saudara Islamnya sendiri,sebab yang berbicara itu adalah orang Islam.
Ada pula dok bohong dengan sebut Nama Nabi S.A.W,malah ada pula menyentuh pandangan 4 mazhab tapi tak cukup Ilmu hingga nak sebut salah satu nama Pengasah Mazhab pun berbelit-belit lidahnya malah tergagap-gagap uacapanya.
Aku pun minta izin mereka diam sekejap muga dapat aku perjelaskan apa itu purdah dengan apa yang aku faham dan dengan apa yang aku ingat semasa belajar dahulu.
Aku kata,kalau ingin bicara soal sesuatu,kita harus tahu beberapa pekara asas terlebih dahulu semuga kita tidak dichop sebagai jahil murakab,begitu juga dengan soal purdah yang kau orang dok bicangkan ini,tapi semuanya tak berapa betul.
Aku jelas kan .kalau kau orang nak tahu purdah yang orang Malaysia gelarkan hari ini dalam bahasa arab di sebut sebagai niqab,kalau tak silap aku,dalam kamus Arab Melayu Purdah bermaksub kain penutup muka perempuan ,iatu kain tersebut diguna untuk menutup sebahagian besar kawasan muka perempuan melainkan dibahagian mata.
Akupun sindir mereka sikit ,yang kau orang mengelarkan sepemakai purdah sebagai ,KAMDAR,fesyen zaman kunun dan sebagainya, manakala anak perempuan dan bini kau tak tutup aurat fesyen apa pula?,bukankah itu lebih jahil dari jahiliyah.
Ada antara mereka melihat muka aku kerana tidak puas hati, tapi kelihatan akur dengan kata-kata yang aku sampaikan.
Aku tanya lagi,ada sesiapa yang tak puas hati dengan kata-kata aku ke? nampaknya ada yang ketawa dengan persoalan yang aku ajukan,..
Aku tambah lagi ,apa yang kau orang bincangkan ini mengenai sesuatu yang besar,sesuatu yang besar itu pula bukan pekara mudah hendak di huraikan malah para ulamak pun berselisih pendapat,dan kita semua ini hanya ada sedikit daripada banyak-banyak ilmu.
Ada yang aju soalan.Kenapa pula kelantan cadang haramkan purdah ,kata memerintah secara Islam?
Aku kata:Kalau kau orang nak mengenakan Nik Aziz ,aku tak nak jawablah,
Tak sempat habis kata-kata aku, ada dikalangan kami menjawab,Kelantan tidak cadangkan wanita membuka aurat bro!!! ,cuma mereka cadang haramkan purdah sahaja bro! kau kena faham,..
Dalam pada itu macam-macam pula timbul,masing-masing nak beri pendapat,...Aku diam sahaja mendengar apa kata mereka.
Dahlah tu kata aku,,
Bagi peluang pada aku bercakap pula,bagi aku jelaskan apa yang aku tahu mengenai hal purdah ini mengikut pendangan beberapa mazhab.Kalau kau orang nak dengar apa yang kau orang nak tahu bagi peluanglah aku bercakap ,kalau tidak hal ini empat bulan lagipun tak selesai.lagipun subuh nak tiba ni,,kalau tidak aku nak beredarlah..
Nampaknya rakan-rakan aku bersetuju..
Aku memulakan dengan huraian ringkas,...Rakan-rakan semua ,,isu pemakaian purdah oleh sebahagian wanita Islam di bumi Allah ini,sebagaimana diketahui telah menjadi perselisihan pendapat antara ulama dulu dan kini ,kerana masalah purdah ini difahamkan tidak ada dalil-dalil putus (muktamad) dan jelas,itulah dikatakan puncanya.
Manakala itu timbulah pendirian dikalangan kelompok ulamak mengikut pemahaman dan ijtihad masing-masing didalam memahami permasalahan pemakaian purdah.sebab itu pemakian purdah di sebut sebagai masalah khilifiyah iaitu sesuatu pekara yang menjadi perselisihan pendapat dikalangan para ulamak dulu kini dan mungkin selamanya.Tambah aku lagi..Inilah yang aku tahu dan aku bercakap juga ikut apa yang aku tahu tak lebih dari itu.
Tanya seorang rakan,' dalil apa yang menjadi perselisihan sampai sekarang ?
Mengikut apa yang aku ingat dalil yang menjadi perselisihan pendapat dari ayat quran iatu surah al-Nur ayat 31".Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya" manakala dari hadis pula aku tak tahu,,jangan tanya memang aku tak tahu ,kalau nak tahu juga sila bertanya pada yang lebih arif dalam permasalahan berkaitan ok,kata aku.
Seorang rakan bertanya,Apa pendapat Imam Safie dan mazhab lain
Mazhab Imam Safie berpendapat,Aurat perempuan yang merdeka adalah seluruh badanya melainkan muka dan kedua-dua tapak tangan selagi tidak timbul fitnah..
Dalam kekusyukkan kami berbincang hal purdah,Allah pula menghantar ujian dengan mengirimnya orang-orang mabuk kepada kami,,tahulah kerenah manusia mabuk punya perangai.
Jadi kamipun bersetuju tangguh perbincangan ini.semuga disatu masa nanti dapat di teruskan jika ada keizinan dari Sang pencipta makhluk.
Setelah itu aku tidak menunggu lama di meja tempat kami berbincang sebaliknya beredar untuk pulang ...

