20 PENGGANAS BERJAYA DI BUNUH DALAM SERANGAN HARI INI - Media Shah Alam 20 PENGGANAS BERJAYA DI BUNUH DALAM SERANGAN HARI INI - MEDIA SHAH ALAM youtube1
BREAKING NEWS

Wednesday, March 6, 2013

20 PENGGANAS BERJAYA DI BUNUH DALAM SERANGAN HARI INI






Inilah barisan kita,
Yang ikhlas berjuang.
Siap sedia berkorban,
Untuk ibu pertiwi!

Sebelum kita berjaya,
Jangan harap kami pulang!
Inilah sumpah pendekar kita,
Menuju medan bakti!

Andai kata kami gugur semua,
Taburlah bunga di atas pusara.
Kami mohon doa,
Malaysia berjaya!

Semboyan telah berbunyi,
Menuju medan bakti!

Secara pribadinya saya amat menghargai tindakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bertindak menyalurkan bantuan berupa makanan kepada 26 keluarga dari Kampung Tanjung Labian yang ditempatkan di Dewan Serbaguna Embara Budi demi keselamatan mereka ketika susulan serangan ofensif pihak keselamatan negara ke atas penganas Sulu di Kampung Tanduo.

Pada peringkat awalnya tidak keluar rumah dan kini mula meninggalkan rumah mereka dengan cara berjalan kaki menuju Dewan Serbaguna Embra Budi.

Manakala MKN menjangkakan lebih ramai penduduk kampung itu akan tinggal di dewan  buat sementera,sebagaimana yang dilaporkan oleh Mohamed Thajudeen Abdul Wahab Setiausaha Majlis Keselamatan Negara.

Setakat ini 20 musuh telah dijumpai terbunuh.LAHAD DATU 5 Mac - Kira-kira 20 mayat pengganas Sulu setakat ini sudah ditemukan beberapa jam selepas serangan dilakukan oleh pasukan keselamatan ke atas kumpulan penceroboh itu di Kampung Tanduo di sini awal pagi. Sumber Utusan Online dan belum ada laporan manyatakan pihak perwira negara cedera ataupun meninggal dunia dalam misi sapu bersih yang dijalankan waktu artikel ini ditulis.

Manakal itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya terus berdiri teguh dan menyokong para pejuang negara dalam operasi bagi menamatkan pencerobohan pengganas di Sabah


Post a Comment
 
Copyright © 2014 MEDIA SHAH ALAM Share on Blogger Template Free Download.