.

Gorila Penganas Sulu

“Kecut perut” saya apabila Jamalul Kiram yang sudah uzur sakit buah pinggang di Filipina mengisytiharkan perang gerila terhadap Malaysia setelah pencerobohan pengikut-pengikutnya di Sabah berjaya dipatahkan oleh pasukan keselamatan negara.

Tak padan dengan keuzurannya mendapatkan rawatan Hemodialysis secara subsidi dari Kerajaan Filipina rentetan kemiskinannya di sana, ada hati si tua kutuk itu nak menyerang Malaysia dengan taktik gerila?

Apakah Kiram fikir Malaysia tidak tahu, tak pernah dengar dan baru belajar tentang taktik gerila? Dan dia fikir para pengikutnya yang sering buat kacau di Filipina saja yang tahu tentang taktik tersebut?

Kiram sebelum ini mendabik dada, kononnya pengikut-pengikutnya sangat hebat dan berpengalaman dalam taktik gerila memandangkan orang-orangnya itu sering melakukan kekacauan dengan menggunakan taktik itu di Filipina.
Jika dilihat dari awal pencerobohan Sabah, “Sultan palsu” itu mulanya menghantar “tok bomoh” Sulu yang kononnya kebal, tidak lut senjata dan mahir menggunakan ilmu hitam untuk berhadapan dengan pasukan keselamatan Malaysia.

Dia fikir “tok bomoh”nya ampuh di bumi berdaulat ini? Percuma saja “tok bomoh” yang dihantarnya dengan bot laju itu mati ditembak. Kebal apa ke namanya begitu?

Mengamalkan tangkal yang diikat di “anu” masing-masing, pangganas Sulu dari Filipina itu fikir mereka boleh terbang, “ghaib” dan mampu memukau wira-wira negara? Hasilnya seramai 62 orang dari mereka telah terbunuh dihujung senjata!

Itu taktik apa namanya? Taktik ilmu hitam? Kiram fikir pasukan PDRM dan ATM di Malaysia ini tidak tahu memutihkan apa yang hitam? Di dalam KAGAT saja kita boleh dapati ramai ustaz-ustaz yang tidak kurang hebat ilmu mereka.

Kiram mahu lawan ilmu syaitan berkemenyan dengan ilmu Allah yang berlandaskan Al-Quran Kalamullahil Karim? Silap besar taktik itu jika digunakan di Malaysia. Cuba praktikkan taktik itu di Israel, mana tahu mungkin mujarab…

Apakah Kiram tak tahu taktik apa yang digunakan Malaysia untuk menghalau pengganas Komunis yang sangat disayangi Mat Sabu suatu ketika dulu? Red More orinya MYKMU.NET
Share on Google Plus

About Mohamad Che Wa'il

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment