MENYINGKAP KEBODOHAN BOB LOKMAN - MEDIA SHAH ALAM

MENYINGKAP KEBODOHAN BOB LOKMAN

Utama

» » MENYINGKAP KEBODOHAN BOB LOKMAN

Al-Imam Abu Dawud rahimahullahu telah meriwayatkan hadits dari shahabat Abdullah bin ‘Amir radhiyallahu ‘anhuma dia berkata: “Pada suatu hari ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam duduk di tengah-tengah kami, (tiba-tiba) ibuku memanggilku dengan mengatakan: 

Hai kemari, aku akan beri kamu sesuatu!’ Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan kepada ibuku: ‘Apa yang akan kamu berikan kepadanya?’ Ibuku menjawab: ‘Kurma.’ Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
أَمَا إِنَّكِ لَوْ لَمْ تُعْطِهِ شَيْئًا كُتِبَتْ عَلَيْكِ كِذْبَةٌ

Ketahuilah, seandainya kamu tidak memberinya sesuatu maka ditulis bagimu kedustaan.” (HR. Abu Dawud bab At-Tasydid fil Kadzib no. 498, lihat Ash-Shahihah no. 748)

 Ini membawa erti yang senang difahami oleh Orang Islam.yang mana jika berjanji tetapi tidak ditunaikan dicatat sebagai manusia pendusta dan pendustaan itu akan menerima  Azab Allah.

lihat pula kepada pensyaratan janji sebagaimana sebuah hadis.

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
أَحَقُّ الشُّرُوْطِ أَنْ تُوَفُّوا بِهَا مَا اسْتَحْلَلْتُمْ بِهِ الْفُرُوْجَ

Syarat/janji yang paling berhak untuk ditepati adalah syarat yang kalian halalkan dengannya kemaluan.” (HR. Al-Bukhari no. 2721)

Yakni syarat/janji yang paling berhak untuk dipenuhi adalah yang berkaitan dengan akad nikah seperti mahar dan sesuatu yang tidak melanggar aturan agama. Jika persyaratan tadi bertentangan dengan syariat maka tidak boleh dilakukan, seperti seorang wanita yang mau dinikahi dengan syarat ia (laki-lakinya) menceraikan isterinya terlebih dahulu. (Lihat Fathul Bari, 9/218)

Manakala janji  berslogan "Janji Di Tepati" tidak menyalahi hukum hakam Islam kerana tiada syarat-syarat yang melanggar perintah Allah dan Rasul.Para pemimpin UMNO dan Ulama` yang ada didalam pertubuhan tidak pula menetapkan syarat sebagaimana parti yang mendakwa mereka lebih Islamik,  walhal,! syarat ketat kepada para wakil rakyat Parlimen dan DUN dalam parti mereka sehingga tertalak  isteri sekiranya  ADUN dan AP  keluar dari parti celaka itu.

Sementara itu Bob Lokman pula mendakwa bahawa "Janji Di Tepati" yangmana slogan  menjadi bualan masyarakat semua kaum di negara ini seperti janji  iblis.

Bob Lokman turut menyifatkan tindakan kerajaan terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan segala janji-janji kepada rakyat dalam program itu juga sama seperti perangai iblis .

Bob mengibaratkan program murni itu dengan cerita iblis yang diusir Allah akibat enggan tunduk kepada Nabi Adam lalu meminta supaya diberi peluang melakukan godaan dan hasutan menyesatkan manusia dan janji itu ditepati iblis sehingga kini.

"Di sini saya nak bagi tahu betapa jahatnya Janji Ditepati (program BN) ini. Bila mana iblis tak mahu tunduk kepada Nabi Adam, maka Allah SWT halau dia (iblis) dari syurga. Tapi, boleh dia minta dengan Allah untuk menyesatkan umat manusia yang merupakan anak, cucu, cicit Nabi Adam ini.

"Itu sebablah semenjak hari itu hingga hari ini iblis menggoda dan menyesatkan manusia. Ini menunjukkan dia tepati janji. Jadi apa nak heran kalau tambah lagi seorang buat karnival pulak, lagi jahat dari iblis,''
  

Untuk pengetahuan,Bob Lokman mentafsir kisah Iblis dengan slogan "Janji di Tepati" sungguh ganji dan tidak berpedoman dan tidak boleh diterima oleh orang-orang yang tahu setiap  kebaikan dibalas dengan kebaikan.Apakah Bob Lokman mahu jika berbuat baik atau berbuat buruk sama sahaja balasannya dari Allah?,sebagaimana perbuatan Iblis samada buat baik atau buruk iblis tetap dilaknat.


Berbeza dengan janji Iblis untuk menyesatkan manusia,Jika iblis berjaya menyesatkan dia juga dilaknat,Jika tidak  berjaya dia juga dilaknat oleh Allah.

Jadi dimanakah persamaannya?.Sedangkan orang Islam yang berjanji tetapi tidak menunaikan janjinya baru di laknat Allah,Namun begitu jika ditunaikan segala janji yang dibuat.maka Allah membalasnya dengan kebaikan bukan membalas dengan azabNya .

Syurga Firdaus bagi yang Menepati Janji

Tidak akan masuk surga kecuali jiwa yang beriman lagi bersih. Dan syurga bertingkat-tingkat keutamaannya, sedangkan yang tertinggi adalah Firdaus. Darinya memancar sungai-sungai yang ada dalam syurga dan di atasnya adalah ‘Arsy Ar-Rahman. Tempat kemuliaan yang besar ini diperuntukkan bagi orang-orang yang memiliki sifat-sifat yang baik, di antaranya adalah menepati janji. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَالَّذِيْنَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُوْنَ

Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.” (Al-Mu`minun: 8)


Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang artinya): “Jagalah enam perkara dari kalian niscaya aku jamin bagi kalian syurga; jujurlah bila berbicara, tepatilah jika berjanji, tunaikanlah apabila kalian diberi amanah, jagalah kemaluan, tundukkanlah pandangan dan tahanlah tangan-tangan kalian (dari sesuatu yang dilarang).” (HR. Ahmad, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan Al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman, lihat Ash-Shahihah no. 1470)

Namun begitu Allah tidak berjanji untuk memasukan Iblis kedalam syurga  biarpun iblis menunaikan janjinya untuk menyesatkan manusia.


 Islam melarang hambanya mengingkari janji,namun begitu berapa pula janji yang tidak ditunai oleh Pakatan Rakyat sehingga membawa keperingkat rakyat saman kerajaan.

Bob Lokman juga harus menyelidiki terlebih dahulu.Apakah Parti Pujaan beliau itu telah menunaikan janji-janji pada rakyat.
Ini salah satu bukti  janji yang dibuat oleh PAS tetapi tidak ditunaikan


Apakah Bob Lokman sakit mata untuk membacanya.atau Bob Lokman sakit telinga apabila mendengar orang berbicara PAS juga tidak tunaikan janji,tetapi Bob Lokman tidak pula mahu mengatakan kepada pimpinan PAS,bahawa orang yang tidak tunai janji itu adalah termasuk dalam golongan munafik,dan munafik itu akan dibalas dengan azab.


Share

You may also like

3 comments

Anonymous said...

bleh x,klau na wat info tntng ssuatu,jgan libatkan politik? hairan tngok prngai orng kt malaysia..

Media Shah Alam said...

http://mediashahalam.blogspot.com/2013/12/berilah-waktu-untuk-saya-melakukan.html

Kebetulan dengan masa anda komen,artikel ini saya tulis dan di siarkan

Oren SKA said...

testing

Hiburan dan Fesyen