youtube4 youtube youtube2 youtube3

CALON-CALON PR SELANGOR PRU 13

Tanggal Monday, April 15, 2013 | Monday, April 15, 2013

HULU KLANG, 15 APR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi mengumumkan seramai tujuh calon PKR peringkat parlimen dan 10 peringkat DUN Selangor akan mempertahankan kerusi yang dimenangi masing-masing dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 lalu.
Dalam pengumuman yang dibuat di padang awam AU 2, di sini Anwar turut memperkenalkan empat muka baru di peringkat Parlimen dan lapan bagi kerusi DUN di negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.

Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan pemenang bekas MP Kapar S Manikavasagam akan berpindah kawasan masing-masing dari Ijok ke Pelabuhan Klang dan dari Kapar ke Bukit Malawati.
Anwar turut mengucapkan terima kasih atas perkhidmatan lima tahun bekas Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne dan bekas Adun Kajang, Lee Kim Sin berikutan nama mereka tidak dicalonkan semula.

Berikut adalah senarai penuh calon PKR yang bakal bertanding di peringkat Parlimen dan DUN di negeri Selangor dalam PRU-13 yang bakal berlangsung pada 5 Mei nanti.
Parlimen

Sabak Bernam – Dr Aziz Bari (muka baru)
Hulu Selangor – Khalid Jaafar (muka baru)
Pandan – Rafizi Ramli (muka baru)
Kelana Jaya – Wong Chen (muka baru)
Kapar – G. Manivanam (muka baru)
Selayang – William Leong (penyandang)
Ampang – Zuraida Kamaruddin (penyandang)
PJ Selatan – Hee Loy Sian (penyandang)
Subang – Sivarasa (penyandang)
Kuala Langat – Abdullah Sani Abd Hamid (penyandang)
Gombak – Azmin Ali (penyandang)
Dewan Undangan Negeri
Batang Kali – Ramachandran Kandasamy (muka baru)
Permatang – Yahaya Shaari (muka baru)
Kuang – Tengku Marziah Tengku Sulaiman (muka baru)
Ijok – Dr Idris Ahmad (muka baru)
Semenyih – Hamidi Hassan (muka baru)
Kajang – Lee Chin Pee (muka baru)
Sementa – Dr Daroyah Alwi (muka baru)
Dengkil – Borham Aman Shah (muka baru)
Pelabuhan Klang – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (berpindah)
Bukit Malawati – S Manikavasagam (berpindah)
Bukit Antarabangsa – Azmin Ali (penyandang)
Rawang – Gan Pei Nei (penyandang)
Batu Caves – Amiruddin Shari (penyandang)
Seri Setia – Nik Nazmi Nik Ahmad (penyandang)
Taman Medan – Haniza Talha (penyandang)
Bukit Lanjan – Elizabeth Wong (penyandang)
Kota Anggerik – Dr Yaakob Sapari (penyandang)
Batu Tiga – Rodziah Ismail (penyandang)
Sri Andalas – Dr Xavier Jayakumar (penyandang)
Seri Muda – Mat Shuhaimi Shafiei (penyandang)
CALON-CALON PR  SELANGOR PRU 13
Oren SKA
By MEDIA SHAH ALAM
Published: 2013-04-15T11:02:00+08:00
CALON-CALON PR SELANGOR PRU 13
4.5 11 reviews
Di Siarkan Oleh:
Artikel Terkait:
Jangan Lupa Bagikan Ke: Facebook Twitter Google+ Linkedin Technorati Digg

Bengkalis Pos

Tentang Kami

Media Shah Alam adalah Portal berita sajian khusus untuk pembaca yang kami kutip dari berbagai sumber berita, Masukan Email anda di bawah ini untuk mengikuti berita terbaru kami atau ikuti Facebook dan Twitter kami dengan klik Ikuti dan secara otomatis anda akan mendapatkan Update berita terbaru kami.Jika ada sebarang berita sila hantar kepada(mediashahalam@gmail.com.

Breaking News close button
Back to top
Post a Comment
Bagaimana Pendapat Anda?
 
Copyright © 2014. MEDIA SHAH ALAM - All Rights Reserved | Template By Maskolis | Modifikasi By TutorNesia | Proudly powered by Blogger