Zulkifli Nordin bertanding di Parlimen Shah Alam | MEDIA SHAH ALAM
.

Zulkifli Nordin bertanding di Parlimen Shah Alam


SHAH ALAM 16 April - Barisan Nasional (BN) Selangor mengumumkan senarai penuh calon yang akan bertanding di negeri ini pada Pilihan raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 5 Mei ini.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap Pengerusi BN negeri melibatkan jumlah keseluruhan calon seramai 78 orang yang mana 22 daripadanya adalah calon untuk bertanding kerusi Parlimen manakala 56 orang lagi adalah calon untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Daripada senarai tersebut, BN Selangor turut mempertaruhkan muka-muka baharu untuk bersaing dalam PRU13 selain mengetengahkan calon termuda parti itu berumur 33 tahun, Mohd. Faisul Sufar untuk bertanding kerusi DUN Chempaka.

Pada masa yang sama, BN Selangor turut mengumumkan pencalonan 'rakan BN', Datuk Zulkifli Nordin untuk bertanding di Parlimen Shah Alam orang termasuklah menampilkan semula bekas Ahli Parlimen Serdang, Yap Pian Hon untuk bertanding kerusi parlimen itu. - UTUSAN ONLINE
Share on Google Plus

About Oren SKA

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment