.

Kemana hala tuju UMNO

Setelah puluhan tahun  lamanya memendam rasa,' Melayu UMNO masih lagi tak mahu bersuara,biarpun pemimpin yang deman berkali-kali masih lagi dilantik menjadi pemimpin dalam Bahagian atau masih lagi mahu mempertahankan jawatan biarpun kalah bertanding di musim PRU berkali-kali.

Kita semua tahu Melayu dibandar telah menolak UMNO,manakala kaum Cina secara totalnya juga tidak menerima sama sekali termasuk di Kelantan dan Terangganu.Kalau adapun hanya  bilis manakala Toman telah lama berpindah lubuk.

Hasil penolakan kaum Cina pada UMNO secara tak langsung PAS bertambah 3 kerusi DUN di Terengganu.

Akui atau tidak,UMNO cuma bergantung kepada undi dari  penghuni FELDA dan harapan kepada taburan kebendaan seperti BR1M dan lainnya.

Nafas PRU 14 bolehkan UMNO terus menyedut udara sejuk di Parlimen jika terus menerus bertelagah dalam UMNO bahagian.

Wanita dengan sikapnya,Pemuda dengan egonya,Puteri dengan pekak badaknya,''masing-masing seperti Kucing dengan Anjing.

Manakala orang-orang lama dalam bahagian seperti Ketua Bahagian dengan orang-oranya masih berada ditakok lama biarpun kebendaan makin hari makin bertambah.

Musim pemilihan Agung UMNO tidak lama lagi,maka menyising taringlah para sayap parti untuk merebut jawatan.

Dalam pada itu Ketua Bahagian yang kalah berkali-kali dalam PRU juga bersungguh mengumpul para pengikut untuk mempertahankan jawatan menghabiskan duit bawa keluar para penyokong,padahal musim kempen PRU 13 macam lumpuh sebelah badan.

Dah dahlah,kalah-kalah dah!!,dan itulah pentanda dari Allah bahawa diri tidak lagi layak jadi Major General kepada pasukan perang,sedangkan selama inipun tiada daya saing langsung dengan pembangkang.

Cukuplah dengan idea kolot lagi jumud,sedangkan Pembangkang hari ini telah memecah kejumudan mereka dengan merancang straregi lebih awal untuk menawan Puterajaya pada PRU 14,manakala para pemimpin UMNO masih berkira-berkira siapa yang layak jadi ketua perhubungan ,pengerusi negeri,kununya bagi membawa suara rakyat ke pusat pentadbiran,padahal apa yang rakyat luahkan disumbat dalam tandas.

Yang peliknya,''jika ditanya kepada orang-orang kuat Ketua UMNO Bahagian,'Kenapa masih lagi mencadangkan Ketua Bahagian yang kalah,sedang beliau dah beberapa kali kalah dalam PRU?.Dengan jumudnya depa memberi jawapan''.Siapa lagi yang ada tokoh untuk memimpin UMNO Bahagian,kalau bukan dia.

Jika dilihat dari jawapan orang-orang kuat Ketua UMNO Bahagian,seperti ada sesuatu yang dia dapat,''sebab itulah tidak ingin sama sekali cungkil muka baru,sedangkan para pejuang UMNO dalam kawasan begitu ramai,tapi sanggup membutakan mata untuk tidak melihat kewibawaan dan pengorbanan orang lain khasnya para pejuang yang layak.

Pemikiran yang ada itu masih lagi seperti mendiami hutan belentara dizaman batu,sedang kini zaman IT,buat apa anak Melayu masuk universiti dan lulus cermelang.

Tokoh sentiasa ada,cuma orang lama dalam politik sahaja tidak mahu mencungkil bakat orang lain kerana mahu menongkat langit selagi ada nyawa dibadan.

Sepatutnya orang lama dalam politik memberi sokongan,dokongan dan kepercayaan, baru lah akan wujud keyakinan pada muka-muka baru yang layak,Nah!! akan lahirlah tokoh baru jika itu dilaksanakan secara wajar.

Sebagai umat Islam,kita wajib percaya,bahawa tiada lagi nabi selepas kewafatan Muhammad S.A.W.takkanlah pula para pemimpin UMNO Bahagian sekali memegang jawatan tidak lagi ada ganti selagi dirinya masih hidup biarpun puluhan kali kalah bertanding pada PRU/PRK,sedangkan para nabi sebelum Muhammad S.A.W silih berganti.

Sifat tidak mahu turun dari jawatan yang dipegang sepatutnya tidak berlaku,kerana pengundi telah memberi pengajaran yang secukupnya semasa PRU 13,memberi petanda jelas,bahawa rakyat mahu perubahan sejajar dengan perjuangan parti yang semakin mencabar.

Hari ini rakyat melihat betapa tidak berkembangnya perlakuan para ketua bahagian yang terpilih menjadi calon BN ,tapi  kalah pada PRU 13  masih lagi tak sedar diri.

Fahamilah!! sesungguhnya perjuangan ini tidak akan kuat,jika tidak ada sokongan,dokongan,kepercayaan dan keyakinan pada saf pejuang yang selama ini setengah mati mengharungi pahit getir.sedangkan para pemimpin bahagian masih tak sedar diri.

Mungkin betulah  kata para pejuang yang lama dalam UMNO...

"UMNO Baru adalah satu skema yang digunakan untuk menipu melayu oleh segelintir pemimpin melayu untuk mengekalkan kuasa agar dapat merompak khazanah negara itu sahaja.Perjuangan UMNO Baru adalah perjuangan perut segelintir pemimpinnya atas nama  membela rakyat."

Sumber asal disini
Share on Google Plus

About Oren SKA

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment