KEPALA HOTAK-Beli Pistol RM950 Di Siam Nak Tembak Cicak | MEDIA SHAH ALAM
.

KEPALA HOTAK-Beli Pistol RM950 Di Siam Nak Tembak Cicak

Ramai orang Malaysia datang beli macam-macam pistol seperti jenis Glock dan Sig Sauer di kedai saya memang ia pistol tiruan tapi kalau diletak bersebelahan pistol sebenar sukar nak beza.

Mudah sahaja pistol ini nak bawa masuk kemalaysia.
Selepas beli simpan dipekan ini dua tiga hari sebelum datang balik naik kereta lain dan membawanya masuk ke Malaysia.

Demikian kata seorang peniaga pistol angin atau airsoft gun dipekan ini ketika mendedahkan pembelian senjata tiruan itu oleh rakyat malaysia yang datang melancong.

Lelaki 30an itu yang mahu dikenali sebagai Sam,berkata,piStol itu yang didakwanya di buat di Taiwan dan Cina dijual dengan harga RM700 hingga RM950 mengikut jenis dan kelengkapan yang dikehendaki.

Harga pistol angi mahal sikit sebab diperbuat daripada besi,tahan lasak selain pistol saya jual juga peluru atau palet pistol dibuat daripada bebola besi,serta aksesori pistol angin termasuk teropong mirip penembak tepat serta gas mampatan,katanya.

 Menurutnya apa yang membezakan pistol angin itu dengan senjata api tulen ialah ia tidak boleh di isi peluru sebenar dan keupayaan mekanikalnya dijana gas dan spring berkonsepkan tekanan udara.

Difahamkan pistol angin itu dijadikan permainan tempur mirip sukan paintball di luara negara.
Sam berkata,rakyat Malaysia gemar membeli pistol berkenaan  kerana ia menanggap satu cederamata atau buah tangan istimewa dari Thailand dan ada juga yang memberi alasan untuk menembak cicak.

Hakikatnya sesiapa yang memiliki pistol permainan itu adalah satu kesalahan mengikut undang-undang negara dan boleh dikenakan tindakan mengikut akta senjata api 1960.

Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata,orang awam perlu sedar memiliki pistol permainan itu bukan kesalahan biasa ,malah boleh dianggap jenayah serius sehingga mengacam keselamatan individu itu sendiri.

Pistol permainan ini mirip pistol tulen,malah aspek fizikal dan makanismenya juga hampir sama,jadi jika polis tersempak  dengan individu yang membawa pistol itu ditempat awam,mungkin pemiliknya dianggap  mampu mengacam keselamatan.

Peruntukkan undang-undang polis berhak mempertahankan diri jika berdepan situasi itu,'katanya.
Sementara itu,kata Sam,selain menyimpan terlebih dahulu di pekan ini selama dua atau tiga hari,ada juga rakyat Malaysia menggunakan taktik lain menyeludup pistol berkenaan melepasi kawalan pihak berkuasa disempadan.

Taktik itu ialah mengunakan dua individu dengan menaiki dua kenderaan ber beza,seorang lagi membeli ,seorang lagi membawa keluar.Selalunya taktik ini berhasil,kalau ada yang kena tahanpun tak ramai,''dakwanya.

Tinjuan Harian Metro disekitar laluan keluar masuk sempadan Bukit Kayu Hitam,Kedah mendapati pihak berkuasa membuat pemeriksaan secara rambang terhadap kenderaan yang keluar masuk melepasi sempadan Malaysia-Thailand.Harian Metro-Selasa-20 Ogos 2013-Muka Surat 4 (Setempat)

Banyaknya cicak kat Malaysia.sehingga sanggup beli pistol kat siam..oh ye cicak kat malaysia ni agaknya kebal kulit,atau kebal racun tak mati di tembak dengan lastik dan racun..he he he
Share on Google Plus

About Oren SKA

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment