CCTV:Tiada Audit Dedah Penyelewangan Berlaku - Media Shah Alam

Header Ads

CCTV:Tiada Audit Dedah Penyelewangan Berlaku

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

Beberapa pihak memper-soalkan mekanisme mem-buat keputusan, pembelian, pembekalan dan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) berkualiti rendah di lOkasi berisiko jenayah, tetapi membabitkan kos yang mahal.

Mereka berpendapat, wujud peluang penyelewengan kerana pihak terbabit termasuk agensi penguat kuasa tidak memastikan kualiti CCTV selari dengan tujuan asas pemasangan untuk menjamin keselamatan, seterusnya menangkap dan membuktikan kesalahan suspek ketika perbicaraan jika berlaku jenayah.


Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abd Rahman, berkata isu utama adalah tiada audit di peringkat awal membuat keputusan, selain sebelum, ketika dan selepas pemasangan CCTV bagi meneliti setiap produk yang dibekalkan menepati spesifikasi yang dijanjikan dalam kontrak jual beli.


Katanya, satu badan audit bebas yang dilantik agensi pencegah rasuah perlu diwajibkan dalam klausa tender berkaitan keselamatan awam supaya tidak berlaku penyelewengan tender serta pembelian membazir dan merugikan rakyat.


Terima aduan awam "Kami ada menerima aduan awam yang bimbang berlaku penyelewengan harga apabila ada produk keselamatan berkualiti rendah digunakan tetapi di-umumkan membabitkan kos jutaan ringgit.

"Sebagai contoh, harga seunit CCTV mengikut tender bernilai RM 1,000 tetapi yang dipasang bernilai RM500. Ada juga aduan harga pasaran produk hanya RM500 seunit tetapi harga dinaikkan se-cara tidak munasabah sehingga RM5,ooo seunit," katanya kepada BH.


Beliau diminta mengulas laporan BH Bongkar semalam mengenai penggunaan CCTV berkualiti rendah yang tidak berupaya merakam suspek dengan jelas di lokasi tumpuan awam termasuk di kawasan berisiko jenayah.


Berikutan itu, pihak berkuasa sering berdepan kesukaran menyelesaikan kes dengan bantuan CCTV sehingga menjejaskan pengesanan, siasatan dan pendakwaan kes kerana imej rakamannya gagal mengecam suspek secara jelas.


Perlu bertanggungjawabBerkongsi pendapat sama, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nad-zim Johan berkata, selain penilaian dan semakan audit, pihak yang dipertanggungjawabkan terhadap keselamatan awam mesti memastikan CCTV sentiasa berfungsi.

"Kerajaan negeri atau agensi penguat kuasa tempatan yang memohon CCTV juga perlu ber-tanggungjawab meminta ganti rugi dan membatalkan kontrak serta-merta jika melanggar syarat.


"Satu standard khusus bagi spesifikasi yang menepati CCTV berkualiti tinggi perlu diwajibkan dalam tender pembekalan dan pemasangan. Ini akan menghapuskan produk tiruan dan tidak berkualiti daripada berkembang dalam pasaran di negara kita," katanya.


Sementara itu, Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M) Datuk Akhbar Satar, berkata pembeli perlu menyemak produk terkini dan tercanggih dari negara lain untuk melihat sejauh mana keberkesanan produk berkenaan sebelum pembelian.


"Pembeli mesti memastikan produk berkenaan menggunakan teknologi terkini dan bukannya jauh ketinggalan bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar.

"Negara-negara maju sudah membuktikan kecanggihan teknologi berupaya membantu penguat kuasa dalam mencegah, mengesan, menangkap, malah membuktikan jenayah di mahkamah," katanya.


Berita Harian -M.S 12


Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.