Gadis Sedia Terima Suami Khunsa - Media Shah Alam

Header Ads

Gadis Sedia Terima Suami Khunsa

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

Kuala Lumpur: "Saya sudi te-rima dia sebagai suami kerana dia ikhlas dan saya suka ber kawan dengannya.
"Walaupun dia khunsa, selepas pembedahan nanti jika semuanya baik, kami akan berkahwin dan hidup bersa ma selamanya.
"Setakat ini, keluarga hanya mengetahui hubungan kami sebagai adik dan kakak angkat kerana namanya perempuan.
"Sebaik statusnya bertukar nanti dan disahkan pihak ber kuasa, saya akan ceritakan se -muanya," kata Anis, 30.

Mengenali Azrin sejak tiga tahun lalu, Anis berkata, pada mulanya dia agak terkejut apabila dimaklumkan teman lelakinya itu seorang khunsa, namun dia tidak kisah kerana ia bukan sesuatu yang pelik, malah ramai lagi yang ber-status sama di negara ini.
Katanya, dia mengenali Az rin menerusi seorang rakan dan sejak itu hubungan me reka terus akrab dan dia sen tiasa memberikan semangat agar pasangannya itu tidak mudah menyerah serta terus berjuang sehingga semuanya selesai.

"Awalnya saya sangka dia lelaki. Apapun saya bersedia untuk memberitahu keluarga dan berharap mereka mene rima keputusan kami untuk hidup bersama," katanya ke tika ditemui selepas menda patkan nasihat Pegawai Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yati Saharudin.

Anis berkata, dia turut dimaklumkan mereka berisiko rendah untuk mendapat zu riat, namun menyerahkan se gala galanya kepada Allah kerana baginya yang penting ia lah mereka dapat hidup ber sama.

Menurutnya, dia kini me nemani Azrin setiap kali temu janji bersama doktor dan tidak berputus asa memastikan yang terbaik buat teman lelakinya itu kerana baginya kesihatan Azrin perlu diutamakan.

"Saya tahu dia membuat keputusan besar dalam hidupnya dan sebagai orang paling rapat, saya perlu sentiasa bersamanya untuk membe rikan semangat. Jika takdir Allah menemukan jodoh kami, saya sangat bersyukur kerana dapat hidup bersama dengan orang yang dicintai," katanya.

Semuga Allah permudahkan urusan mereka-mereka yang berniat baik demi Islam tercinta.

Harian Metro-M.S 11

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.