Hutan Aokigahara Tempat Orang Jepun Bunuh Diri - Media Shah Alam

Header Ads

Hutan Aokigahara Tempat Orang Jepun Bunuh Diri

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

LOKASINYA yang terletak jauh terpencil di kawasan pedalaman menambahkan lagi sisi Seram hutan Aokigahara yang menyimpan 1001 cerita di sebalik hutan tebal itu.

Berkeluasan kira-kira 32 kilometer persegi, hutan Aokigahara yang terletak di kaki gunung Fuji di antara barat laut kota Kawaguchiko hingga Narizawa di Wilayah Yamanashi, Jepun turut digelar sebagai 'lautan pokok' kerana diliputi dengan pohon pohon yang padat dan tebal.

Terkenal sebagai salah satu lokasi pelancongan popular di Jepun kerana keindahan alam semula jadi dan struktur batuan yang cantik. Ia menjadikan lokasi hutan itu menjadi tumpuan ramai pengunjung.

Namun begitu, panorama indah yang dijanjikan bukanlah bahagian paling menarik tentang hutan itu, sebaliknya adalah kisah tentang hutan Aokigahara yang sering menjadi pilihan ratusan penduduk Jepun untuk menamatkan hidup dengan mem-bunuh diri.

Hutan Aokigahara juga tersenarai sebagai tempat paling berhantu di Jepun turut diabadikan dalam bentuk novel bertajuk Koroi Jukai yang dihasilkan oleh pe-nulis terkenal, Seichi Matsumoto.

Novel diterbitkan pada tahun 1960 itu menceritakan kisah sepasang kekasih yang berjanji untuk sehidup semati. Mereka akhirnya menamatkan riwayat kisah cinta di dalam hutan berpuaka itu.

Bagaimanapun menurut kisah penduduk setempat, aura kematian dalam hutan Aokigahara telah lama wujud sejak tradisi yang dipanggil ritual Ubasute di lakukan sejak abad ke-19 suatu masa dahulu.

Ritual Ubasute
Ritual Ubasute yang turut dikaitkan dengan unsur pemujaan syaitan dan hantu merupakan satu amalan yang mengkehendaki seseorang itu masuk ke dalam hutan seorang diri dan dibiarkan sehingga mati.

Dalam masyarakat kuno Jepun sendiri, amalan membunuh diri atau dipanggil Harakiri telah diamalkan oleh panglima perang bergelar samurai.

Para samurai yang tewas di medan perang akan membunuh diri sebagai tanda berani selain untuk menutup rasa malu akibat kekalahan.

Bagaimanapun, tradisi membunuh diri oleh para samurai telah disalah tafsir dengan pelbagai perkara seperti membunuh diri kerana putus cinta, kemurungan, kemiskinan dan tekanan hidup.

Berdasarkan laporan sejak tahun 1950, lebih 500 orang telah mengakhiri hidup mereka dengan membunuh diri dalam hutan Aokigahara, atau secara purata sebanyak 30 orang setiap tahun.

Apa yang mengejutkan, laporan pada tahun 2003 mendapati, seramai 78 mayat telah dijumpai tergantung dan mereput di dalam hutan sekaligus mengatasi rekod sebelum ini iaitu sebanyak 73 mayat pada tahun 1998.

Akibat peningkatan jumlah kes membunuh diri dalam hutan Aokigahara, pihak kerajaan Jepun terpaksa mengambil keputusan untuk tidak mendedah-kan maklumat tentang jumlah bilangan kes bunuh diri dengan tujuan untuk menurunkan popu-lariti hutan Aokigahara sebagai lokasi membunuh diri.

Sebagai langkah membendung budaya membunuh diri di hutan Aokigahara, pihak kerajaan Jepun turut memasang papan tanda larangan membunuh diri di kawasan tersebut selain me-nubuhkan satu pasukan khas yang ditugaskan untuk membuat pemantauan selain bertugas untuk mencari dan membawa keluar mayat.

Antara yang tertulis pada pa-pan tanda tersebut ialah 'Hidup anda adalah sebuah hadiah yang sangat berharga daripada ibu bapa anda. Tolong fikirkan keluar-ga anda. Jangan simpan masalah anda dan luahkan masalah kepa-da mereka yang terdekat'.

Mayat yang ditemui akan dile-takkan di dalam sebuah bilik khas bagi mangsa bunuh diri se-belum para pekerja hutan akan membuat undian sesama mereka untuk menentukan siapa yang akan ditugaskan untuk menjaga dan tidur bersama mayat tersebut.

Hal demikian kerana, mengikut kepercayaan, mayat yang dibiarkan keseorangan akan menyebabkan roh mereka yang dipanggil Yurei menjadi tidak tenteram. Mayat itu kononnya akan menjerit sepanjang malam, malah mayat tersebut akan bergerak dengan sendirinya ke tempat lain.

"Amalan membunuh diri biasanya meningkat pada bulan Mac apabila ramai orang datang ke sini untuk membunuh diri kerana masalah kemiskinan dan tekanan hidup," ujar Imasa Wa-tanabe yang merupakan pegawai kerajaan di Yamanashi Prefecture.

Kata Watanabe lagi, terdapat juga individu yang ingin membunuh diri mengubah fikiran. Sebagai panduan untuk membawa mereka keluar dari dalam hutan itu, pita tanda amaran dipasang di sepanjang jalan supaya memudahkan mereka untuk mencari jalan pulang dan meneruskan kehidupan.


"Mungkin ini adalah harga yang perlu dibayar oleh penduduk Jepun di mana kebanyakan rakyatnya perlu bekerja siang dan malam bagi menampung kos hidup yang terlampau tinggi," ujar Watanabe yang berpendapat membunuh diri adalah jalan penyelesaian terbaik.


Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.