Setelah 37 Tahun Khunsa Memilih Cara Hidup Lelaki - Media Shah Alam

Header Ads

Setelah 37 Tahun Khunsa Memilih Cara Hidup Lelaki

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

Kuala LumpurSelepas 37 tahun menja lani kehidupan dalam scrba kekeliruan berikutan didaftarkan sebagai perempuan, seorang khunsa nekad mengubah hidupnya mcnjadi seorang Ielaki dan ingin mendirikan rumah tangga, sesuatu yang diidamkan selama ini.

Dengan menjalani beberapa proses dan pembedahan, jan tinanya diubah daripada seorang perempuan kepada Ielaki sepenuhnya hujung tahun ini.

Dia yang berada di dalam dilema kerana mempunyai dua alat kelamin menyifatkan fasa hidupnya kini seolah olah bayi yang baru dilahirkan, apatah lagi ada insan istimewa yang sudi menjadi bakal isteri sebaik pertukaran' jantina disahkan kelak.

Bagi Azrin, dia ditakdirkan sebagai khunsa dalam keluarga yang bermasalah, termasuk hubungan kedua dua ibu bapa yang berantakan menyebab kannya dijaga nenek selepas orang tuanya bercerai.


"Bukan saya minta lahir begini. Saya juga ada kemahuan, ingin berkeluarga, ada anak dan hidup macam orang lain.
"Sebab itu saya ambil keputusan buat pembedahan ini bagi meneruskan kehidupan sebagai manusia normal.
"Sejak kecil saya didaftarkan sebagai perempuan bagaimanapun selama tempoh itu saya berperwatakan seperti Ielaki kerana itu naluri saya.

"Ketika di sekolah saya ber depan dengan pelbagai masa lah. Fizikal Ielaki, tetapi terpaksa guna tandas wanita, pa-kai telekung dan lain lain menyebabkan saya rasa seperti menipu diri sendiri sedangkan naluri sebagai Ielaki begitu kuat, "katany.
Selepas mendapatkan nasihat dan merujuk kepada pakar, kata Azrin, dia dimaklumkan boleh menjalani pembedahan untuk 'menutup' satu daripada alat kelamin selama lamanya.

Dia yang bekerja sendiri berkata, pengalamaruiya berdepan pelbagai reaksi, termasuk daripada ahli keluarga menye-babkan dia terjebak ke dalam pergaulan bebas bersama golongan pengkid serta lesbian dan pada satu ketika dirinya begitu kecewa dengan takdir hidupnya.


"Saya pernah dinasihatkan rakan pengkid untuk tidak melakukan pembedahan dan jangan pedulikan masa depan. Bagaimanapun, lama kelama an saya rasakan saya berbo hong pada diri sendiri dan ingin mencari jalan agama.
"Dari situ saya berjumpa beberapa orang ustaz dan mereka sarankan saya berjumpa pakar untuk menyelesaikan masalah jantina saya ini serta dapat hidup seperti orang biasa," ka tanya.

Azrin kemudian bertemu seorang doktor pakar sakit puan di sebuah hospital dan selepas beberapa kali temu janji, dia menjalani pembedahan mem buang ovari dan rahim, awal bulan lalu.

Ketika ini dia sedang berehat bagi memulihkan luka dan akan meneruskan dua sesi pembedahan lagi bagi mem-buang kemaluan dan buah da da yang dijangkakan pada awal tahun depan.


"Alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan Iancar dan saya juga mendapat nasihat daripada mereka yang berpe ngetahuan agama. Setidaknya, saya tidak melakukan kesalahan dan dosa kerana sebe lum ini ada pihak mengatakan saya melawan takdir yang di tentukan Allah, "katanya.

Dia gembira melihat rakan lain sudah berumah tangga dan mempunyai cahaya mata an tara pendorong utama dia me milih untuk hidup dengan pa sangan dan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

"Saya mengenalinya sejak tiga tahun lalu dan hubungan kami setakat hari ini bahagia, malah dia langsung tidak me-nunjukkan rasa pelik apabila saya menceritakan siapa diri saya sebenarnya.

"Malah, dia sanggup me nunggu sehingga segalanya di putuskan untuk berterus terang kepada keluarganya me ngenai diri saya. Insya-Allah jika berjaya, saya akan hidup bahagia bersama pasangan saya.

"Saya akan belajar agama untuk mencari keberkatan hi dup dan menjadi ketua keluarga dengan baik, "katanya


Oleh Intan Mas Ayu Shahimi dan Yusmizal Dolah Aling

Harian Metro-M.S 10


Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.