OKU Tidak Peduli Apa Orang Kata - Media Shah Alam

Header Ads

OKU Tidak Peduli Apa Orang Kata

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com



Saya dan isteri sudah Japan tahun berkenalan dia (isteri) sentiasa bersama saya kerana kami membuka perniagaan bersama sama, jadi saya harap tiada lagi pihak memandang serong niat saya mengahwininya," kata usahawan orang kurang upaya (OKU) Mohd Sukur Ibrahim, 31.

Niat murni Mohd Sukur yang cacat tangan c kaki menamatkan zaman bujang bersama Wan Nurul Syazwani Wan Mohd Yen, 27,yang tersebar di laman sosial beberapa bulan lalu mengundang pelbagai reaksi positif dan negatif masyarakat."Saya dan isteri saya baca semua ko men, ada yang menuduh saya mengambil kesempatan ke atasnya dengan menga takan selepas ini dia akan menanggung saya yang cacat.

"Malah ada juga yang menuduh isteri saya menutup matanya terhadap kecacatan saya demi harta dan kejayaan yang saya kecapi," katanya ketika ditemui pada majlis persandingannya di Plaza Sungai Udang, di sini, semalam.

Penceramah motivasi dan pemilik syarikat pembekal serta pemasangan permaidani  D Strike Solution itu berkata, dia dan Wan Nurul Syazwani bersama sama membina empayar perniagaan sejak enam tahun lalu.

Menurutnya, Wan Nurul Syazwani juga sentiasa bersama Mohd Sukur setiap kali menjelajah ke negeri lain untuk memberikan ceramah motivasi.

"Pengalaman hidup mengajar saya bersabar dan sentiasa positif dalam mengharungi ca baran. Jadi saya menerima kritikan semua pihak secara positif kerana mungkin ada antara mereka tidak tahu latar bclakang hidup kami," katanya.

Anak keempat daripada enam bcradik itu berkata, sejak mula mcrancang berkahwin dua tahun lalu. dugaan percintaan mereka cukup besar apabila pernah mendapat bantahan daripada keluarga Wan Nurul Sya zwani.

Bagaimanapun, Mohd Sukur berkata, dia ber svukur kerana jodoh mereka panjang dan dia bercita-cita mencapai sebanyak mungkin kejayaan dalam hidup kerana mahu mem balas jasa ibu bapa serta keluarga yang banyak membantunya.Sementara itu, Wan Nurul Syazwani berkata, mereka mengambil masa dua tahun untuk memujuk keluarganya.

"Mereka bimbang keinginan saya ber kahwin dengan Mohd Sukur semata ma .^^ta kerana perasaan kasihan bukannya cinta. Mereka khuatir suami tidak mampu menjaga dan menyara saya kerana ketika itu belum mengenalinya," katanya.

Dia berkata, keluarganya akhirnya menerima Mohd Sukur selepas yakin dengan kemampuan suaminya yang mempunyai perniagaan sendiri selain kerap tam pil dalam program di kaca televisyen. 

"Keputusan mcnikahi Mohd Sukur dibuat kerana saya selesa dan mengenali dirinya secara mendalam. Saya sudah lalui segaia galanya bersama dia, kctika susah atau senang," katanya.

Mcnurutnya, suaminya adalah seorang individu vang tidak cerewet, rnalah makanan kcgemarannya adalah nasi putih bcrlaukkan tclur kicap saja.

 Posted By Amira Abdul Razaq(Assistant Post)
- News By Harian Metro
Thank's 4 U All di atas kesudian membaca

10 Januari 2015-Ahad

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.