RM4.19 Juta Ditipu Pembeli Emas - Media Shah Alam

Header Ads

RM4.19 Juta Ditipu Pembeli Emas

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com


Kuala Lumpur: Seramai 35 individu termasuk seorang doktor kerugian lebih RM4.19 juta selepas di tipu sebuah syarikat antarabangsa yang berjanji membeli jongkong emas simpanan mereka sebelum menghilangkan diri dalam kejadian disebuah pejabat di Jalan Perak, di sini, baru baru ini.

Mangsa mendakwa mereka dihubungi wakil syarikat terbabit yang menawarkan untuk membeli jongkong emas dalam simpanan mereka pada harga RM245 untuk satu gram emas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur Asisten Komisioner Izany Abd Ghani ber kata, modus operandi syarikat itu mengenal pasti individu yang memiliki jongkong emas sebelum menawarkan untuk membelinya pada harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran.

Menurutnya, mangsa biasanya dihubungi melalui SMS atau panggilan telefon sebelum pertemuan diadakan di pejabat syarikat itu di jalan Pe­rak.

"Bagi meyakinkan mangsa, mereka akan memberikan cek tarikh hadapan atau draf bank dan mereka didapati aktif mencari mangsa sejak hujung tahun lalu dan menghilangkan diri awal tahun ini.

"Setakat ini, kami sudah menerima 35 laporan daripada mangsa di seluruh Malaysia yang kerugian RM4,196,588," katanva kepada Metro Ahad.

Menurutnya, kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, namun polis yakin masih ada lagi yang menjadi mangsa sindiket itu.

Seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Faizal, 45, berkata, dia mendapat tawaran pem belian jongkong emas itu melalui SMS.

Katanya, dalam SMS itu dinyatakan syarikat terbabit sanggup membeli jongkong emas pada harga lebih tinggi daripa da pasaran semasa.

"Disebabkan itu, saya berjumpa dengan wakil syarikat berkenaan di pejabatnya di Jalan Perak dan mereka bersetuju mem beli RM245 untuk satu gram emas.

"Tertarik dengan tawaran itu, saya menyerahkan 300 gram emas pada jam 10.30 pagi, 31 Disember la lu selepas menerima surat penerimaan barang dari syarikat itu," katanya.

Menurutnya, dia hanya meninggalkan jongkong emas itu selama lima jam dan apabila kembali untuk menuntut wang bayaran RM73.500. pejabat itu sudah ditutup dan semua kaki tangan syarikat itu ga gal dihubungi.

Seorang doktor berusia 58 tahun yang enggan namanya disiarkan berkata, dia berniat menjual jongkong emas Geneva yang berada dalam simpanannya.

"Saya mendapat panggilan daripada wakil syarikat itu pada Oktober lalu yang mahu membeli jong kong emas dan saya cukup berhati hati hingga tidak menyerahkan jongkong pada pertemuan pertama.

"Dalam pertemuan kedua pada pertengahan bulan lalu, selepas yakin dengan penerangan diberikan, saya menyerahkan jongkong emas seberat satu kilogram bernilai k ra-kira RM200,000 kepada wakil syarikat itu," katanya..

Menurutnya, mereka kemudian menyerahkan cek bertarikh hadapan bertarikh 16 Januari 2016 kononnya mahu memeriksa ketulenan jongkong itu terlebih dulu.

"Pada hujung bulan lalu, saya menerima SMS daripada wakil syarikat itu untuk mengambil draf bank baki pembayaran. malangnya apabila saya mengunjungi pejabat itu pada awal tahun ini, mereka sudah tidak beroperasi," katanya.

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.