Annuar Musa Letak Jawatan KAFA - Media Shah Alam

Header Ads

Annuar Musa Letak Jawatan KAFA

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

Tan Sri Annuar Musa hari ini mengumumkan meletak jawatan sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berkuatkuasa serta-merta.

Selepas membayangkan hasratnya untuk meninggalkan badan itu, Annuar mengumumkan perkara itu dalam surat kepada setiausaha agung Kafa Datuk Ismail Md Noor.

Salinan surat dua halaman bertarikh hari ini turut dilampirkan di laman Facebook peribadinya sebentar tadi.

“Dengan hati yang berat, saya dengan ini memaklumkan bahawa saya melepaskan jawatan saya selaku presiden Kafa berkuatkuasa serta-merta.

“Saya berharap tugas ini dapat dipikul oleh mereka yang lebih mampu mengangkat kecemerlangan bola sepak Kelantan,” katanya dalam surat itu, tanpa menyatakan sebarang sebab.

Ketua penerangan Umno sebelum ini dilaporkan meluahkan keluhan “penat” untuk menangani pelbagai isu pasukan Kelantan terutama melibatkan masalah kewangan.

“Mungkin sudah tiba masa Kelantan membuat pembaharuan daripada segi pengurusan sebagaimana dilakukan beberapa pasukan lain.

“Sehubungan itu, saya berhasrat melepaskan jawatan yang disandang sejak 2008 sekali gus memberi laluan kepada orang baharu,” katanya seperti dilaporkan Kosmo! kelmarin.

-Malay Mail

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.