Bawa Watak Pelacur Pelakon Dibelasah - Media Shah Alam

Header Ads

Bawa Watak Pelacur Pelakon Dibelasah

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

LONDON, 9 Nov — Seorang pelakon wanita Maghribi dibelasah minggu lalu selepas filemnya, yang mengupas isu seks, diharamkan pada Mei.

Pelakon tersebut, Loubna Abidar, melakonkan watak pelacur Marrakesh dalam “Much Loved,” sebuah filem pengarah terkenal Nabil Ayouch.

Filem ini mula mengundang kontroversi apabila beberapa potongan filem tersebut dimuatkan di YouTube, lapor akhbar The Independent semalam.

Selepas dipukul teruk di Casablanca, Abidar mendakwa beliau tidak mendapat bantuan polis dan hospital. Sebaliknya mereka menghinanya, katanya lagi.

“Tiada [anggota polis] dan tiada doktor yang mempedulikan saya.

“Semua orang mengejek saya dan berkata 'akhirnya Abidar! Kamu dibelasah',” beliau dipetik berkata dalam rakaman video yang dimuatkan di Internet.



Abidar, kelihatan berdarah dan lebam-lebam dalam video yang tersebar luas, menceritakan semula saat beliau dibelasah tetapi tidak menjelaskan individu atau pihak yang bertanggungjawab.

Sejurus selepas serangan itu Khamis lepas, Abidar mengulangi niatnya untuk mendapatkan suaka politik di Perancis, tetapi beliau kemudiannya menarik balik kenyataan tentang hal itu.

Jumaat lalu, pelakon wanita itu memuatkan beberapa keping gambar kecederaannya, dengan kepala berbalut, kesan-kesan lebam dan luka di belakangnya dan menulis: “Saya rasa lega sedikit, syukur alhamdulillah.”

Filem itu, yang ditayangkan di festival berprestij Cannes, diharamkan selepas muncul kontroversi dan tekanan kuat kumpulan konservatif.

Potongan filem yang menunjukkan dialog dan babak mengghairahkan tersebar atas talian sebelum dijadual ditayangkan untuk musim gugur di Maghribi.

Ia mengisahkan sekumpulan wanita yang mencari upah sebagai pekerja seks di pusat kota perekonomian dan pelancongan negara itu.

Menurut satu laporan berita AFP, pengguna Internet mengecam keras filem ini, dengan menyatakan ia "merosakkan akhlak dan wanita" negara Islam itu.

Satu laman di Facebook dibuat untuk mendesak pengarahnya Ayouch dan pelakon utama Abidar dibunuh.

Filem ini, yang menunjukkan babak-babak bogel dan dunia nyata industri seks, membuka perdebatan hangat sama ada ia wajar ditayangkan atau tidak.

-Malay Mail

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.