Bekas MB Selangor Sedia Perjelas Isu SPLASH di Dewan Undangan Negeri - Media Shah Alam

Header Ads

Bekas MB Selangor Sedia Perjelas Isu SPLASH di Dewan Undangan Negeri

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersedia memberi penjelasan membabitkan isu tawaran pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH).

Abdul Khalid berkata, beliau juga sudah menghubungi pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi menetapkan satu masa sesuai untuknya memberi penerangan membabitkan pembayaran RM2.7 bilion bagi ekuiti SPLASH, selain menjawab persoalan ditimbulkan kelak.

Katanya, seperti dijangka, ada pihak tidak senang dengan kenyataannya sebelum ini dan membuat tuduhan liar serta palsu kononnya beliau pernah membuat tawaran pengambilalihan ekuiti kepada SPLASH melebihi RM2.9 bilion.

“Ada juga yang cuba mengalih fokus kononnya saya hanya bercakap di luar Dewan, namun hakikatnya, mereka gagal menjawab persoalan pokok.

“Menteri Besar Selangor juga mengeluarkan kenyataan akhbar seolah-olah mencabar saya memberi penerangan mengenai tawaran RM2.9 bilion kepada SPLASH pada 2009. Cabaran itu dibuat tanpa menjawab persoalan pokok.

“Namun, berlandaskan prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban dan integriti yang saya pegang selama ini, saya bersetuju hadir di DUN Selangor bagi memberi penerangan terperinci berkenaan tawaran dibuat Kerajaan Selangor sepanjang saya menjadi Menteri Besar,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru, katanya, beliau kini menunggu jawapan pejabat DUN Selangor berhubung tarikh sesuai untuk sesi taklimat itu selain percaya Speaker, Hannah Yeoh, akan menggunakan bidang kuasanya dengan adil dan saksama.

-Berita Harian Online

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.