Dua Juta Pekerja Asing Pegang Permit Sementara - Media Shah Alam

Header Ads

Dua Juta Pekerja Asing Pegang Permit Sementara

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

KUALA LUMPUR: Hampir dua juta pekerja asing di negara ini memegang permit kerja sementara yang sah, persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Khamis.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sejumlah 1,854,684, pekerja asing memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang dikeluarkan Jabatan Imigresen sehingga September tahun ini.

“Bilangan tertinggi adalah dari Indonesia (749,226), diikuti Nepal (411,364), Bangladesh (237,991), Myanmar (140,259), India (121,430) dan lain-lain (194,374),” kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut) di Dewan Rakyat.

Lim meminta kerajaan mendedahkan jumlah bilangan pekerja asing dan dasar digunakan untuk pengambilan tenaga kerja berkenaan.

“Pengambilan pekerja asing adalah langkah sementara untuk mengisi kekosongan pekerjaan. Selepas tempoh berakhir, mereka dikehendaki kembali ke negara asal mereka,” katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa kerajaan pada 19 Februari lalu memutuskan untuk menggantung permohonan pekerja asing termasuk dari Bangladesh sehingga kerajaan berpuas hati terhadap keperluan sebenar tenaga kerja oleh pihak industri.

“Bayaran levi yang dikenakan ke atas pekerja asing berbeza daripada setiap industri dan berkelompok mengikut kategorinya sendiri,” katanya.

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.