Isu Rasuah Panaskan Dewan Rakyat - Media Shah Alam

Header Ads

Isu Rasuah Panaskan Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR 9 Nov. – Sidang Dewan Rakyat hari ini panas apabila berlaku pertikaman lidah berhubung isu rasuah antara Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling).

Semuanya bermula apabila Kit Siang bangun lalu membacakan kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad yang mengingatkan semua pihak agar menjauhkan diri daripada ra­suah.


“Siapa yang mengamalkan ra­suah? Ada­kah menteri-men­teri yang rasuah atau Kementerian Kewangan, mana boleh kita mendiamkan diri dalam perkara ini,” katanya.


Berikutan itu Abdul Azeez terus bangun lalu meminta Kit Siang ja­ngan lupa untuk memasukkan nama anaknya, Lim Guan Eng dalam senarai mereka yang turut terlibat dalam rasuah.


“Jangan lupa untuk memasukkan Bagan (Guan Eng), jangan tu­ding jari kepada orang lain, sendiri kena i­ngat,” kata Abdul Azeez.


Pertikaman lidah itu berakhir apabila Timbalan Speaker, Datuk Ismail Mohamed Said mengarahkan Kit Siang mengemukakan aduan secara bertulis kepada Dewan Rakyat berhubung perkara tersebut.
- Utusan Malaysia

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.