JAMBATAN BESI DALAM PEMBINAAN RUNTUH - Media Shah Alam

Header Ads

JAMBATAN BESI DALAM PEMBINAAN RUNTUH

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

KUALA LUMPUR – Sebuah jambatan besi yang masih dalam pembinaan runtuh di Jalan Bangsar di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.38 petang itu, sekurang-kurangnya lima pekerja yang sedang menjalankan kerja-kerja pembinaan di jambatan berkenaan terperangkap dalam sisa runtuhan.

Jurucakap bomba Kuala Lumpur berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan sebelum tiba kira-kira 10 minit kemudian.

Menurutnya, seramai 23 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Hang Tuah dan Seputih dikerahkan ke tempat kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Seramai tiga mangsa berjaya dibawa keluar dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Anggota masih lagi berusaha untuk mengeluarkan dua lagi mangsa yang tersepit dalam runtuhan jambatan itu,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Difahamkan, jambatan besi yang masih dalam pembinaan itu merupakan laluan pejalan kaki bagi menghubungkan sistem transit aliran ringan (LRT) dengan sebuah pusat beli-belah di sini. – K! ONLINE

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.