Kerajaan Beri Tumpuan Kepada Jenayah Rentas Sempadan - Media Shah Alam

Header Ads

Kerajaan Beri Tumpuan Kepada Jenayah Rentas Sempadan

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

Kuala Lumpur : Kementerian Pertahanan akan memberi tumpuan khusus kepada jenayah rentas sempadan bagi mengelak wang hasil penyeludupan disalurkan kepada kumpulan militan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, sebelum ini jenayah rentas sempadan terletak di bawah portfolio Kementerian Dalam Negeri.

Bagaimanapun, katanya dengan perkembangan jenayah jenis itu yang semakin kompleks,kini Kementerian Pertahanan perlu memainkan peranan dalam membendungnya.

“Apa yang saya bimbang, wang hasil penyeludupan seperti manusia dan dadah tidak digunakan dalam ekonomi harian sebaliknya disalurkan kepada kumpulan militan Daesh, ” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am ke-53 antara Malaysia dan Thailand di Wisma Perwira, hari ini.

Mesyuarat itu yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Thailand,Jeneral Prawit Wongsuwon membincangkan kerjasama antara kedua dua negara dalam mengukuhkan kestabilan di kawasan sempadan.

(myMetro)

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.