Kereta Remuk Diseret Kren Pemandu Selamat - Media Shah Alam

Header Ads

Kereta Remuk Diseret Kren Pemandu Selamat

Kuala Terengganu: Seorang lelaki terselamat daripada maut selepas keretanya diseret sebuah kren berhampiran Jambatan Sultan Mahmud, di sini, apabila pemandu lori kren berkenaan dipercayai mengalami sawan, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 3.40 petang itu, pemandu berkenaan yang berusia 35 tahun, sempat keluar dari keretanya tanpa kecederaan namun kenderaannya rosak teruk.

Kren berkenaan berada di tempat kejadian kerana terbabit dalam kerja menaik taraf jalan raya di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar mengesahkan kejadian dan menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan.

-myMetro

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.