Mahathir Hanya Gimik Politik - Media Shah Alam

Header Ads

Mahathir Hanya Gimik Politik

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Azalina Othman menyifatkan tindakan pembangkang menjemput bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Parlimen tidak lebih daripada hanya satu gimik politik pembangkang.

Menurutnya, tindakan pembangkang itu juga menunjukkan mereka begitu terdesak hingga perlu mendapatkan sokongan daripada pihak luar.

“Saya hairan mengapa pembangkang tidak menggunakan Peraturan Mesyuarat sedia ada bagi membawa usul untuk dibincangkan sesuatu perkara yang tidak dipersetujui di dalam Dewan Rakyat.

“Dewan Rakyat mempunyai mekanisme dan prosedur tersendiri untuk mengadili sesuatu perkara itu secara adil dan saksama,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mahathir hari ini dilihat kembali menjejakkan kaki ke 'tempat kerjanya dahulu' dipercayai datang atas ‎tujuan untuk mengadakan perbincangan tentang usaha mempertahankan Parlimen dan kuasa imuniti dalam Parlimen.

Tambah Azalina lagi, kehadiran Mahathir tidak akan membawa apa-apa makna kepada sistem parlimen hari ini.

“Mampukah Reformasi Parlimen yang kita telah laksanakan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak ini direalisasikan ketika zaman beliau menjadi Perdana Menteri?” soalnya lagi.
-Sinar Harian

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.