Malaysia,Indonesi,Filipina Akan Bersama Memburu Lanun - Media Shah Alam

Header Ads

Malaysia,Indonesi,Filipina Akan Bersama Memburu Lanun

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

PUTRAJAYA 10 Nov. - Malaysia dan Filipina hari ini bersetuju mewujudkan satu kerjasama trilateral yang turut melibatkan Indonesia dalam misi pemburuan penculik dan pengganas secara merentas sempadan.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perkara itu dicapai menerusi mesyuarat bilateral antara beliau dan Presiden Filipina Rodrigo Duterte sempena lawatan rasmi dua hari Presiden Filipina itu ke Malaysia.

Perdana Menteri berkata, usaha itu merupakan satu perkembangan baharu untuk ketiga-tiga negara dalam langkah mempertingkatkan keselamatan rakyat terutama di Sabah.

Misi pemburuan ini bermaksud mana-mana pasukan keselamatan dari ketiga-tiga negara dibolehkan untuk memasuki sempadan bagi mengejar penculik.

Namun pihak operasi perlu memaklumkan kepada tentera laut ketiga-tiga pihak apabila telah memasuki sempadan mana-mana negara.

"Sehubungan itu kementerian pertahanan ketiga-tiga negara akan mengadakan pertemuan di Vientiane, Laos pada 22 November ini untuk perbincangan lanjut,"katanya selepas mengadakan mesyuarat bilateral bersama Duterte di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE.

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.