Mangsa Perpindahan Banjir Terengganu Meningkat - Media Shah Alam

Header Ads

Mangsa Perpindahan Banjir Terengganu Meningkat

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

Kuala Terengganu: Jumlah mangsa yang ditempatkan di lima pusat pemindahan di Kemaman dan Kuala Terengganu meningkat kepada 329 orang pada jam 4.30 petang hari ini.

Kemaman mencatatkan jumlah teramai yang dipindahkan apabila 320 mangsanya daripada 77 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan.

Berdasarkan maklumat Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, jumlah mangsa yang ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badrul Alam Shah, Kemasik meningkat kepada 281 orang berbanding 256 orang pada pagi tadi.

Jumlah mangsa di Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Kalong dan Balai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Titian Berayun pula masing-masing kekal seramai 34 dan lima orang mangsa.

Di Kuala Terengganu, seramai tujuh mangsa daripada tiga keluarga ditempatkan di SK Chendering dan dua orang lagi daripada satu keluarga dipindahkan ke SK Gong Tok Nasek.

-myMetro

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.