Maut Tunggang Motor Baru Beli - Media Shah Alam

Header Ads

Maut Tunggang Motor Baru Beli

KEMAMAN – Keterujaan seorang pemandu lori bersiar-siar dengan motosikal Yahama RZ200R yang baru dua hari dibelinya berakhir dengan tragedi apabila dia maut setelah terlibat dalam kemalangan di Kilometer 173.5 Jalan Jerangau-Jabor dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang itu, Mohd. Lukman Mat Ghani, 29, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa anggota badan.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Norman Shah Din berkata, sewaktu tiba di sebuah persimpangan jalan tiba-tiba motosikal dihadapannya telah menukar haluan secara mengejut.

“Mangsa yang menunggang motosikal di belakang cuba mengelak namun terbabas ke kawasan semak berhampiran.

“Mangsa yang baru dua bulan berkahwin meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa anggota badan ,” katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini. – K! ONLINE

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.