Nelayan Vietnam Ceroboh Perairan Negara Ditahan - Media Shah Alam

Header Ads

Nelayan Vietnam Ceroboh Perairan Negara Ditahan

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

KUALA TERENGGANU – Cubaan sekumpulan nelayan Vietnam mahu menyogok penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM) bagi melepaskan diri daripada pemeriksaan gagal selepas mereka ditahan di perairan daerah ini semalam.

Seramai 25 nelayan asing berkenaan dari dua bot berlainan tersebut ditahan dalam lingkungan antara 99 dan 101 batu nautika dari Kuala Terengganu dari pukul 12 tengah hari dan 6 petang.

Pengarah Maritim Wilayah Timur, Datuk Mamu Said Alee berkata, kesemua suspek warga Vietnam yang berusia dalam lingkungan 16 hingga 56 tahun terbabit ditahan kerana disyaki menceroboh perairan negara untuk menangkap hasil laut secara haram.

“Sewaktu diperiksa, mereka menawarkan wang tunai RM3,000 sebagai sogokan kepada anggota penguat kuasa APMM bagi tujuan melepaskan diri tetapi ditolak dengan tegas.

“Dalam operasi sama, sebuah bot nelayan tempatan turut ditahan kerana disyaki terlibat dalam penyeludupan diesel bersubsidi kerana tangki minyaknya didapati telah diubah suai,” katanya pada sidang akhbar di Markas Maritim Kuala Terengganu di sini hari ini. – K! ONLINE

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.