Pembungkus Minyak Masak Akan Dibatalkan Lesan - Media Shah Alam

Header Ads

Pembungkus Minyak Masak Akan Dibatalkan Lesan

Dengkil: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan membatalkan lesen pihak pembungkus yang gagal menyediakan bekalan minyak masak di pasaran.

Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Jamil Salleh berkata, pihaknya mendapati bekalan di kilang memproses minyak masak mencukupi namun ada dalam kalangan pembungkus dipercayai tidak mengambil bekalan daripada pengilang.

“Masalah kewangan dihadapi pihak pembungkus dipercayai antara punca mereka tidak dapat mengambil minyak masak daripada pengilang kerana perlu membayar terlebih dulu.

“Justeru, KPDNKK akan membuat pemutihan bagi memastikan pihak pembungkus mampu mengendalikan bekalan minyak masak dan jika mereka tidak berupaya, kita akan mengkaji semula bagi membolehkan kuota subsidi itu ditarik dan kemudian diberikan kepada pihak yang mampu,” katanya kepada pemberita pada pemeriksaan bekalan minyak masak di sebuah kilang penapisan, di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, sejak 21 Oktober lalu sehingga semalam, sebanyak 34 kes berkaitan kesalahan menyorok bekalan minyak masak sudah diambil tindakan manakala enam kes dituduh di mahkamah.
-myMetro

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.