Saham Asia Terjejas Akibat Dari Pengukuhan Dolar - Media Shah Alam

Header Ads

Saham Asia Terjejas Akibat Dari Pengukuhan Dolar

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

TOKYO: Saham Asia menjunam manakala dolar meluaskan pengukuhan pada pagi ini apabila hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) melonjak dengan jangkaan dasar Presiden AS baharu, Donald Trump akan merendahkan inflasi.

Indeks MSCI bagi Asia-Pasifik selain Jepun jatuh 0.2 peratus dengan saham Korea kerugian 0.5 peratus.

Saham Australia hanya mencatatkan keuntungan sangat kecil iaitu 0.1 peratus.

Nikkei di Jepun pula naik lebih satu peratus kepada 6-1/2-bulan tinggi susulan kelebihan dalam kejatuhan nilai yen.

Dalam dagangan di Wall Street, Indeks S&P 500 naik 0.2 peratus, manakala Dow Jones naik 1.2 peratus, memecah rekod tertinggi yang dicatatkan pada Ogos lalu hampir satu peratus.

Bagaimanapun, saham teknologi Nasdaq jatuh 0.8 peratus dengan Apple menjunam 2.8 peratus.

Bahkan pasaran turut menjangkakan Rizab Persekutuan AS akan memberikan petunjuk untuk menaikkan kadar pada Disember, memberikan petunjuk yang stabil dalam pasaran saham AS.

Manakala elemen tambahan adalah pada petunjuk pasaran terhadap kemungkinan OPEC akan memutuskan pengurangan tambahan dalam pengeluarannya lewat bulan ini untuk menyelesaikan kebimbangan lebihan bekalan.

Dagangan hadapan minyak AS jatuh 0.5 peratus kepada AS$44.42 setong. – Reuters

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.