Siling Runtuh Dekat Ruang Menunggu Klinik Kesihatan - Media Shah Alam

Header Ads

Siling Runtuh Dekat Ruang Menunggu Klinik Kesihatan

Taiping : Siling di ruang menunggu dekat makmal di Klinik Kesihatan Taiping, runtuh akibat limpahan air hujan pada jam 12.10 tengah hari tadi.

Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Datuk Dr Juita Ghazalie berkata, hujan lebat sejak pagi tadi mengakibatkan siling di makmal berkenaan runtuh.

Katanya, susulan kejadian itu pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan bomba membuat pemeriksaan sebelum menutup kawasan berkenaan untuk sebarang operasi.

Bagaimanapun, beliau berkata, ketika kejadian berlaku tiada pesakit atau kakitangan berada di lokasi itu.

“Ruang berkenaan serta operasi klinik ditutup sepenuhnya untuk kerja-kerja pembaikan dan dijangka siap pada Ahad ini.

“Sebarang operasi klinik itu dipindahkan ke klinik kesihatan berhampiran manakala bahagian kejuruteraan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan JKR sedang membuat penilaian untuk kerja pembaikan,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

-myMetro

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.