Warga Emas Lebih Suka Tinggal Dibawah Jambatan - Media Shah Alam

Header Ads

Warga Emas Lebih Suka Tinggal Dibawah Jambatan

PASIR PUTEH 8 Nov. - Biarpun sudah berusia 78 tahun namun seorang lelaki yang hidup sebatang ketara lebih 'suka' tinggal di bawah jambatan di Kampung Sungai Durian, dekat sini, biarpun beberapa kali dipujuk untuk berpindah ke kediaman yang lebih selesa.

Malah Abdullah Mat Jusoh yang tidak pernah berkahwin sepanjang hayatnya tidak mahu digelar sebagai gelandangan.

Dia yang menerima bantuan bulanan sebanyak RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah dipujuk beberapa kali oleh pegawai jabatan itu untuk berpindah ke rumah orang tua tetapi menolaknya.

"Sekarang sudah lebih setahun tidur bangun di atas pangkin di bawah jambatan walaupun pernah diajak oleh adik serta anak-anak saudara untuk tinggal di tempat yang lebih selesa.

"Dia tetap menolak dan menyatakan tidak mahu menyusahkan orang, dia tak mahu pergi ke rumah kebajikan sebab dia hendak di tinggal di kawasan kampung ini sahaja" kata seorang penduduk yang enggan dikenali ketika ditemui di sini hari ini.

Sebelum ini, Abdullah tinggal di sebuah pondok yang terletak dalam sebuah kebun getah berdekatan namun disebabkan strukturnya telah runtuh, dia berpindah ke bawah jambatan tersebut. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.