Ahmad Said dan Ahmad Razif Sudah Beres - Media Shah Alam

Header Ads

Ahmad Said dan Ahmad Razif Sudah Beres

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

Chukai: Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman hadir ke majlis sambut menantu Datuk Seri Ahmad Said di kediaman di Teluk Kalong, Kemaman, hari ini.

Kedatangan Ahmad Razif ke majlis perkahwinan Mohd Asyraf Farhan Ahmad, 27, dengan pasangannya, Athirah Abu Zahrin, 27, itu sekali gus membayangkan sengketa kedua-dua pemimpin besar negeri itu sudah berakhir.

Turut hadir pada majlis itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan beberapa ahli Exco kerajaan negeri.

Ahmad Razif yang berada di majlis itu kira-kira sejam, sempat bergambar dengan pasangan pengantin baru sebelum beredar meninggalkan kediaman bekas menteri besar itu pada kira-kira 2 petang.

Majlis dihadiri kiri-kira lebih 5,000 penduduk.

(myMetro)

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.