Air Mata Veteran UMNO Ketika Diziarah Najib - Media Shah Alam

Header Ads

Air Mata Veteran UMNO Ketika Diziarah Najib

PEKAN: Linangan air mata menterjemahkan perasaan terharu seorang pesakit angin ahmar, Uyub Abdullah, apabila menerima kunjungan Datuk Seri Najib Razak di rumahnya di Felcra Kampung Sri Makmur, di sini, hari ini.

Walaupun tidak mampu bangun berikutan lumpuh di kanan badan, warga emas berumur 89 tahun itu sebolehnya cuba berinteraksi dengan Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Pekan itu tiba jam 9.40 pagi dan meluangkan masa kira-kira 15 minit untuk menziarahi Uyub. Uyub yang juga ahli UMNO pernah menjadi Tentera British dari 1951 hingga 1955.

Anaknya, Zalazelah Uyub, 40, berkata, bapanya mengagumi keperibadian Najib dan teruja apabila dimaklumkan mengenai kehadiran Perdana Menteri. "Walaupun tidak mampu bercakap, ayah teruja apabila kami memaklumkan Perdana Menteri akan melawatnya malah senyuman tidak pernah lekang dari wajahnya.

" Ayah menghidap penyakit itu sejak Julai lalu dan tidak mampu bergerak. Dia hanya terlantar di katil dan minum susu khas manakala segala keperluannya diuruskan oleh ibu serta anak-anak," katanya.


Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.