PAN Tak Pernah Menang Pemimpinnya Nak Jadi Nujum - Media Shah Alam

Header Ads

PAN Tak Pernah Menang Pemimpinnya Nak Jadi Nujum

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com


KOTA BHARU - Pemuda Pas mengganggap bayangan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub terhadap masa depan parti itu sekadar bermimpi di siang hari.

Kenyataan pemimpin itu juga dikatakan seolah-olah berlagak menjadi nujum moden.
Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan, Nazman Che Iberahim berkata, perpecahan adalah sesuatu yang mustahil berlaku buat masa ini kerana parti itu dalam keadaan paling baik dan kuat.

Menurutnya, ia selepas ahli yang bermasalah keluar dan menubuhkan parti mereka sendiri.
“Apa yang pasti, menjelang pemilihan parti pada akhir April nanti, ahli Pas di segenap peringkat akan bertindak bijak membersihkan saki-baki pemimpin bermasalah dengan menunjukkan jalan keluar buat mereka.

“Kita tidak nafikan masih wujud beberapa pemimpin atau ahli yang jasadnya sahaja masih bersama parti, namun tindakan dan ucapan mereka sering mengkritik segala dasar serta corak gerak kerja politik Pas,” katanya kepada Sinar Harian.

Nazman berkata, ‘pembersihan’ itu akan berlaku pada kadar minimum sahaja kerana majoriti yang masih berada bersama Pas ketika ini adalah mereka yang telah istiqamah dengan perjuangan dan prinsip parti.

“Senario pembersihan ini pun, tidaklah boleh dianggap sebagai satu perpecahan oleh Salahuddin kerana ia hanya akan menjadi satu andaian dangkal ahli nujum semata mata,” katanya.

Menurutnya, tuduhan bahawa Pas sedang berkompromi dengan Umno hanyalah satu andaian nakal yang dibuat sejak 2008 dan telah terbukti itu hanya rekaan semata mata.

Bahkan katanya, Pas terus berdepan dengan Umno dan BN pada PRU13, walaupun dilemparkan dengan tuduhan bekerjasama dengan parti itu sejak lima tahun sebelumnya.

Sementara itu mengulas mengenai keyakinan Amanah mampu mengambil alih pemerintahan Kelantan pula, katanya, Pemuda Pas yakin negeri ini akan terus kekal di bawah kepimpinan ulama.
Katanya, Amanah sebagai pendatang baharu, selain Umno yang telah sekian lama cuba merampas Kelantan haruslah mencerminkan diri mereka terlebih dahulu dan bukannya menyimpan angan-angan Mat Jenin.-Sinar Harian

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.