Ayer Hitam Juara Komuniti 1Malaysia - Media Shah Alam

Header Ads

Ayer Hitam Juara Komuniti 1Malaysia

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

 Komuniti 1Malaysia Mukim Ayer Hitam dipilih sebagai Johan Anugerah Komuniti 1Malaysia Kebangsaan 2016.

Kemenangan itu membolehkannya menerima geran RM10,000.00, sijil dan plak, yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika merasmikan Program Negaraku: Komuniti 1Malaysia di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, di sini, hari ini.

Naib johan bagi kategori itu dimenangi Komuniti 1Malaysia FELDA Keratong 3, Pahang, yang menerima RM7,000.00 dan sijil, manakala tempat ketiga, Komuniti 1Malaysia Projek Perumahan Awam (PPA) Seri Perlis 2, Kuala Lumpur.

Anugerah Khas Juri dimenangi Komuniti 1Malaysia FELDA Sungai Tengi, Selangor dan Komuniti 1Malaysia Kampung Padang Changkat, Perak. Masing-masing-masing membawa balik geran RM3,000.00 dan sijil.

Anugerah Harapan dengan hadiah geran RM2,500.00 dan sijil pula dimenangi Komuniti 1Malaysia Kampung Fikri, Terengganu dan Komuniti 1Malaysia Pekan Bintulu, Sarawak.

(BHONLINE)

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.