Berbelitnya Korea Utara - Media Shah Alam

Header Ads

Berbelitnya Korea Utara

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

Kuala Lumpur : Kedutaan Korea Utara mendakwa belum menerima surat rasmi daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Wisma Putra untuk mengambil keterangan dua rakyatnya termasuk Setiausaha Kedua kedutaan itu.

Kaunselor Bahagian Konsulat dan Pentadbiran kedutaan itu, Kim Yu Song berkata, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyatakan kepada media yang pihaknya memohon kerjasama kedutaan untuk merakam percakapan dua rakyat mereka.

Bagaimanapun, katanya, sehingga ke hari ini pihaknya belum menerima sebarang surat rasmi daripada PDRM atau Wisma Putra berhubung perkara itu.

“Kami turut mengecam laporan sebuah media Korea Selatan yang melaporkan kami sudah menerima surat berkenaan semalam.

“Saya sudah menyatakan lebih awal semalam dalam bahasa Korea namun mereka melaporkan sebaliknya, ” katanya kepada pemberita di hadapan kedutaannya, sebentar tadi.

(myMetro)

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.