Bom Dalam Kereta Lelaki Diberkas - Media Shah Alam

Header Ads

Bom Dalam Kereta Lelaki Diberkas

PARIT 26 Feb. – Orang ramai yang menyaksikan para pelumba Le Tour de Langkawi (LTdL) di persimpangan lampu isyarat Bota Kiri dekat sini gempar apabila seorang lelaki memberhentikan keretanya di tengah jalan lalu mendakwa terdapat bom di dalam kenderaannya.

Lelaki berusia 30 tahun itu memberhentikan keretanya di persimpangan lampu isyarat kira-kira pukul 11 pagi lalu keluar dari kenderaannya
 dan memaklumkan kepada anggota polis yang berada di tempat kejadian bahawa terdapat bom di dalam kereta jenis Mercedes Benz yang dipandunya.

Kejadian berlaku ketika peserta perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) dari Seri Manjung baru sahaja melalui laluan tersebut menuju Cameron Highlands.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, sebaik sahaja memaklumkan mengenai bom di dalam keretanya, lelaki itu cuba melarikan diri namun berjaya diberkas.

Katanya, lelaki terbabit ditahan untuk siasatan bagi mengetahui motif dakwaannya.

“Pasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan Pulau Pinang kini sedang menjalankan pemeriksaan terhadap kenderaan berkenaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.