BR1M Selesai Selasa Ini - Media Shah Alam

Header Ads

BR1M Selesai Selasa Ini

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan proses permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi individu yang belum menerimanya, dijangka selesai Selasa ini.

Perdana Menteri berkata, jaminan yang turut membabitkan status permohonan yang masih dalam proses itu meliputi lebih tiga juta pemohon.

“Kepada yang masih belum menerima BR1M atau status mereka masih dalam proses, iaitu seramai 3,123,950, pemprosesan permohonan BR1M anda dijangka selesai pada 28 Februari ini.

“Bagi yang sudah menerima BR1M, saya harap dapat dibelanjakan dengan berhemah, Insya-Allah,” katanya menerusi laman Facebook rasminya, hari ini.

(BHONLINE)

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.