Cipta Mini Lamborgini Untuk Cucu Kesayangan - Media Shah Alam

Header Ads

Cipta Mini Lamborgini Untuk Cucu Kesayangan

BEIJING 23 Feb. – Seorang lelaki di Zhengzhou, dekat wilayah Henan berjaya menghasilkan sebuah kereta mini berjenama mewah, ‘Lamborghini’, untuk cucu lela­ki kesayangannya.

Lebih menarik, lelaki tersebut, Guo Liangyun, 55, dikatakan tidak memiliki sebarang kelulusan yang tinggi untuk menyiapkan kereta mini tersebut.

Portal Shanghaiist melaporkan, bersandarkan minat dan kemahiran yang tinggi dalam mereka cipta serta membaik pulih sebarang kenderaan, Liangyun bagaimanapun mengubah persepsi yang dilemparkan terhadapnya selama ini.

Difahamkan, idea untuk menghasilkan Lamborghini itu tercetus selepas Liangyun mahu cucunya ke sekolah dengan selamat dan penuh bergaya berban­ding kanak-kanak lain.

Liangyun mengambil masa se­hingga tiga tahun untuk menyi­ap­kan empat model kereta mini ‘berprestasi tinggi’ itu termasuk sebuah Lamborghini untuk diberikan kepada cucu lelakinya.

Difahamkan, kereta menggunakan kuasa bateri itu mampu mencapai kelajuan sehingga 40 kilometer sejam dan boleh dipandu sejauh kira-kira 60 kilometer jika bateri dicas dengan penuh.

Shanghaiist memetik Liangyun sebagai berkata, kereta ber­ke­naan dihasilkannya sendiri da­ripada skuter rosak di bengkel miliknya.

Harga untuk sebuah mini Lamborghini itu pula boleh mencecah sehingga 5,000 yuan (RM3,235).

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.