Cubaan Bawa Masuk Dadah Bernilai RM100 Juta Gagal - Media Shah Alam

Header Ads

Cubaan Bawa Masuk Dadah Bernilai RM100 Juta Gagal

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

BANGKOK – Pihak berkuasa Thailand berjaya mematahkan cubaan sebuah sindiket dadah antarabangsa menyeludup sejumlah besar dadah ke Malaysia termasuk 262 kilogram (kg) methamphetamine kristal atau ‘ice’ bernilai RM100 juta.

Lima suspek termasuk dua lelaki rakyat Malaysia berusia 39 dan 44 tahun ditahan dalam operasi terancang di beberapa lokasi berasingan di Songkla dan Hatyai dari 19 hingga 22 Februari lepas.

Menurut Biro Pencegahan dan Kawalan Narkotik (NSB) Thailand, dua rakyat Malaysia itu ditahan di sebuah rumah sewa di daerah kecil Kohong, Hatyai bersama 98kg ice pada 22 Februari lepas.

“Kami percaya mereka bekerja untuk seorang raja dadah dari Malaysia,” katanya di sini hari ini.

Pihak berkuasa Thailand percaya dua lelaki berkenaan menggunakan Hatyai, sebuah bandar popular di sempadan Malaysia-Thailand, sebagai pusat transit untuk menerima bekalan dadah sebelum menyeludup masuk ke Malaysia dengan kereta. – Bernama

(Kosmo)

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.