Curi:Suri Rumah Didenda dan Dihukum Penjara Lima Hari - Media Shah Alam Curi:Suri Rumah Didenda dan Dihukum Penjara Lima Hari - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Isnin, 27 Februari 2017

Curi:Suri Rumah Didenda dan Dihukum Penjara Lima Hari

KOTA BHARU – Seorang wanita yang memberi alasan mencuri pelbagai barangan yang keseluruhannya berjumlah RM170.91 di pasar raya Tesco pada minggu lalu untuk anaknya mengundang padah apabila dijatuhi hukuman penjara selama lima hari dan denda RM500 di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman itu terhadap Nor Afizah Ab. Ghani, 38, selepas tertuduh mengaku bersalah setelah pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa mahkamah.

Sekiranya tertuduh gagal menjelaskan denda tersebut, hukuman penjara ke atasnya ditambah sebulan lagi. Difahamkan, tertuduh menjelaskan denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, Nor Afizah didakwa telah mencuri lima bungkus kacang pistachio, empat bungkus Scott’s Vitamin C, sebotol minuman kesihatan Scott’s, tisu Premier, tisu Frag Hanky, syampu kanak-kanak, sekotak plaster, kain cadar, dan beg plastik yang keseluruhannya berjumlah RM170.91 di pasar raya Tesco di sini pada pukul 9.20 pagi, 23 Februari lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda , jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan, Pegawai Pendakwa Perundangan, Inspektor Firli Fairulyzan Arias Yahaya mencadangkan supaya tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran agar tidak mengulanginya lagi pada masa hadapan. – K! ONLINE


Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Curi:Suri Rumah Didenda dan Dihukum Penjara Lima Hari Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam