Dihukm Penjara Ceroboh Rumah Yang Dipertua Negara - Media Shah Alam

Header Ads

Dihukm Penjara Ceroboh Rumah Yang Dipertua Negara

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

Seorang lelaki dipenjara sebulan dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah menceroboh masuk rumah kediaman rasmi Yang Dipertua Dewan Negara Kuala Lumpur tahun lepas.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhi hukuman itu terhadap Habibullah Ramli,26, kerana menceroboh rumah berkenaan di Jalan Galagher di Sentul kira-kira 4.15 petang pada 2 Dis 2016.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu dari tarikh tangkap pada 13 Jan 2017.

Dia juga diperintah menjalani hukuman penjara dua bulan jika gagal membayar denda tersebut. Dia membayar denda.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda yang boleh sampai RM5,000 atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, pada 2 Dis 2016 ketika pengadu iaitu Mohd Firman Mohd Faizal,30, seorang juruteknik, pergi ke kediaman rasmi Yang Dipertua Dewan Negara Kuala Lumpur untuk membuat penyelenggaraan penyaman udara, beliau melihat tertuduh bersama seorang lelaki berlari keluar dari kediaman itu dan menaiki sebuah motosikal.

Pengadu kemudian membuat laporan polis dan tertuduh berjaya ditangkap pada 13 Jan 2017.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik mengalami masalah mental dan memohon mahkamah menempatkannya di Hospital Tanjung Rambutan,Perak.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran.

— Bernama

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.