Ditangkap Cabul Adik Ipar - Media Shah Alam

Header Ads

Ditangkap Cabul Adik Ipar

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

Miri: Lelaki ditahan polis selepas dipercayai mencabul adik iparnya berusia 11 tahun di rumah di Bandar Baru Permyjaya di sini, semalam

Dalam kejadian 4.30 petang itu, lelaki berusia 38 tahun terbabit melakukan perbuatan itu ketika mangsa sedang tidur di biliknya.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Khoo Leng Huat berkata, mangsa kemudiannya tersedar akibat perbuatan suspek lalu mengadu kepada bapanya.

Menurutnya, suspek kemudiannya ditahan polis di rumah berkenaan selepas bapa mangsa berusia 46 tahun membuat laporan polis.

“Mangsa tinggal bersama ibu saudaranya sejak 2015 selepas ibu bapa mangsa bercerai,” katanya.

Suspek akan dibawa ke mahkamah majistret hari ini untuk perintah reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

-myMetro

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.