Dua Maut Kereta Terbakar - Media Shah Alam

Header Ads

Dua Maut Kereta Terbakar

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

SEBERANG PERAI – Dua mayat ditemui rentung di dalam sebuah teksi di Kilometer 2.7 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah menghala ke Batu Kawan di sini kira-kira pukul 8.20 pagi tadi.

Kedua-dua mangsa yang belum dikenal pasti identiti itu ditemui di tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan kereta jenis Proton Persona.

Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 8.25 pagi dan tiba ke lokasi kira-kira 10 minit kemudian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian pihak kami mendapati keadaan kedua-dua mangsa sudah rentung manakala kereta yang dinaiki mereka terbakar keseluruhan” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Anggota forensik bomba dan polis kini berada di tempat kejadian bagi menyiasat motif sebenar kejadian berlaku termasuk mengenalpasti identiti mangsa. – K!ONLINE

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.