Faiz Subri Terima Pingat Semangat Jerai Kedah - Media Shah Alam Faiz Subri Terima Pingat Semangat Jerai Kedah - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Isnin, 27 Februari 2017

Faiz Subri Terima Pingat Semangat Jerai Kedah

ALOR SETAR – Pemenang gol tercantik Anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd Faiz Subri hari ini menerima pingat Ahli Cemerlang Semangat Jerai Kedah (A.S.K) daripada Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Mohd Faiz menerima pingat itu pada majlis Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran sesi kelapan di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit, di sini.

Beliau merupakan antara 164 penerima darjah dan bintang kebesaran sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-89.

Pemain Pulau Pinang berusia 30 tahun itu mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama dikurniakan anugerah itu pada 9 Jan lepas menerusi jaringan ajaib semasa perlawanan Liga Super antara Pulau Pinang menentang Pahang pada 16 Februari tahun lepas. – Bernama

(Kosmo)


Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Faiz Subri Terima Pingat Semangat Jerai Kedah Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam