Impian Saya Terkubur - Ranieri - Media Shah Alam

Header Ads

Impian Saya Terkubur - Ranieri

CLAUDIO Ranieri akhirnya membuka mulut susulan pemecatannya sebagai pengurus di Leicester City pada Jumaat.

Pengendali dari Itali itu dipecat selepas sembilan bulan membawa skuad Leicester menjuarai Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Namun situasi musim ini agak sukar buat Ranieri apabila Foxes kini berada di ambang zon penyingkiran.

"Semalam impian saya terkubur," jelasnya dalam kenyataan kepada PA Sport.

"Selepas menikmati saat gembira musim lalu dan dinobatkan sebagai juara, apa yang saya inginkan untuk kekal di Leicester, sebuah kelab yang selalu saya sayangi. Malangnya ia tidak berlaku.

"Bagaimanapun saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kelab Bola Sepak Leicester City. Pengalaman yang sangat menakjubkan dan akan tetap bersama saya selamanya," jelas Ranieri yang berusia 65 tahun.

Ranieri juga turut meluahkan perasaannya bahawa tidak akan sesiapa yang boleh merampas kejayaan yang dicipta bersama pasukan.

"Saya harap kamu akan ingat dan senyum sentiasa.

"Ia merupakan tempoh yang sangat bermakna dan saya menghargai menjadi sebahagian daripada pasukan juara".

Sementara itu, penolong pengurus Craig Shakespeare mengambil alih tugas menjaga skuad sehingga pengurus baharu ditemui.

Selain itu, penjaga gol utama, Kasper Schmeichel menjadi pemain pertama yang mengucapkan selamat tinggal kepada jurulatih tersebut di laman sosialnya.
-mStar

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.