Kamera Oppo Zom 5 Kali Gambar Tak Pecah - Media Shah Alam

Header Ads

Kamera Oppo Zom 5 Kali Gambar Tak Pecah

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

Barcelona: Oppo menyertai Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) 2017 dengan membawa teknologi baru iaitu zum digital dwi kamera telefon pintar sehingga lima kali tanpa imej kabur yang bakal dipasang pada peranti mereka pada masa depan.

Sehingga kini, zum digital pada telefon pintar biasa hanya dua kali dan itupun mengakibatkan gambar ‘pecah’.

Teknologi pada modul kamera 5.7 milimeter terbabit dihasilkan selepas setahun pembangunannya dengan puluhan paten didaftar Oppo.

Keupayaan teknologi terbabit memperbaharui kualiti gambar pada telefon pintar sehingga 40 peratus dengan kualiti zum hampir sama seperti lensa telefoto.

Meskipun ia bermakna Oppo akan menghasilkan dwi kamera pada telefon pintarnya selepas ini, ia masih mampu memberi rekaan nipis kepada peranti.

-myMetro

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.